Sudah sering makan ayam goreng di rumah, sekali-sekala makan udang apa salahnya. Jadi, kami nak kongsikan cara masak Udang Goreng Berempah Sweet Sour yang cukup lazat.
Resipi Udang Goreng Berempah Sweet Sour ini dikongsikan oleh Nurul Husna di Facebook dan hasilnya mampu membuatkan tekak terliur. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, cuci udang dengan bersih dan toskan.
2. Campurkan udang dengan 1 sudu rempah kari daging dan secubit garam, kemudian gaul dan ketepikan dalam 10 minit.
3. Goreng udang sampai separuh masak dan ketepikan dahulu.
4. Gunakan semula minyak goreng udang tadi dan tumis bawang putih sampai kekuningan. Jika minyak terlalu banyak, boleh kurangkan.
5. Masukkan bawang besar dan tumis sampai sedikit garing.
6. Masukkan cili padi dan serai biar sampai naik bau.
7. Masukkan rempah kari daging kacau sampai pecah minyak, tapi jangan biar sampai rempah terlampau garing atau hangit dan api kecilkan sedikit.
8. Masukkan cili kisar dan kacau sampai cili itu masak (pecah minyak).
9. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan sebatikan semua bahan tadi, kemudian kacau dalam 3 minit sebab tak nak bagi hangit.
10. Masukkan udang tadi gaul sebati ke dalam kuah (jika kuah pekat sangat, boleh letak sedikit air supaya kuah meresap masuk ke dalam udang, baru sedap)
11. Letakkan sedikit garam jika perlu dan biarkan dalam 5 minit.
12. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan daun sup. Siap untuk dihidang!
Setelah makan Udang Goreng Berempah Sweet Sour, anda dapat nikmati kerangupan udang bersama aroma rempah yang kaya bersama kuah yang sungguh sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Husna
Baca juga: Udang Sambal Petai, Masukkan Bahan RAHSIA Ini Supaya Pekat Dan Ekstra Sedap
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…