udang garlic chilli

Bagi penggemar masakan Cina, pastinya teruja untuk mencuba hidangan Udang Garlic Chilli ini. Memang mudah, ringkas dan sedap!

Hidang udang yang digoreng bersama cili dan bawang putih ini merupakan salah satu menu popular yang terdapat di restoran-restoran cina.

Baca juga: Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Udang ‘Fresh’ Macam Baru Naik Dari Laut

Udang digunakan di dalam resipi ini ialah yang bersaiz sederhana. Kemudian ia digoreng sebelum ditaburi dengan bawang putih dan serbuk cili. Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan pembuka selera. 

Ikuti resipi dari perkongsian Get Curried di laman Facebook ini. Tak sampai 15 minit dah siap masak!


RESIPI UDANG GARLIC CHILLI CHINESE STYLE

udang garlic chilli

Bahan-bahan bancuhan udang:

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung serba guna
  • 1 sudu kecil Pes Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Pes Halia
  • 1 sudu besar Kicap Gelap
  • 1/4 sudu kecil Serbuk lada hitam
  • 1 Telur
  • 300 gm Udang
  • Minyak

Bahan pekatkan sos:

  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • 1 sudu besar Air

Bahan-bahan sos:

  • 2-3 sudu besar Minyak
  • 2 sudu besar bawang putih (kisar)
  • 1/2 sudu besar Halia (dikisar)
  • 2 Biji Bawang Putih (Dihiris)
  • 3 biji Cili Hijau (dibelah)
  • 1 biji Cili Benggala
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 2 sudu besar Kicap Pekat 
  • 1/2 sudu besar Sos Cili
  • 1/4 cawan Air
  • Garam
  • 1/4 sudu kecil Cuka

Cara-cara memasak:

1. Campurkan ke semua bahan-bahan bancuhan udang. Gaul dan gorengkan udang hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Untuk bahan sos pula, tumis bawang putih, halia dan bawang merah sehingga naik bau. 

3. Kemudian, masukkan cili hijau, cili benggala, serbuk lada hitam, sos kicap pekat, cili sos dan sedikit air. Kacau rata.

4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. 

5. Akhir sekali, masukkan udang yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. perasakan dengan garam dan sedikit cuka.

6. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Udang Garlic Chilli ini.

Baca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN