apam cornetto mini

Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini, kami nak kongsikan tutorial acuan kon Apam Cornetto Mini yang mudah pula.

Apam Cornetto merupakan sejenis kuih apam yang berbentuk seperti aiskrim. Oleh kerana kuih ini dibuat dalam pelbagai warna, ia menjadi kesukaan ramai terutamanya kanak-kanak.

Bagi menyediakan acuan Apam Cornetto, anda hanya perlu gunakan kertas nasi lemak. Tapi, tak semua orang tahu cara membentukkannya dengan sempurna.

Kami baru saja terjumpa tutorial acuan kon Apam Cornetto Mini yang dikongsikan oleh Puan Nurul Hairi di Facebook dengan cara yang cukup mudah. Jom kita buat sama-sama!

Baca juga: Cara Buat Apam Bunny Viral, Wanita Ini Kongsi Teknik Sampai Hasil Jadi Comel

TUTORIAL ACUAN APAM CORNETTO MINI

apam cornetto mini

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan kertas nasi lemak saiz D.

2. Selepas itu, lipat kepada empat bahagian.

apam cornetto mini

3. Kemudian, gunting empat bahagian itu dan jadikan empat keping kertas.

apam cornetto mini

4. Lipat empat keping kertas tadi dalam bentuk segi tiga dan gunting untuk dapatkan dua bahagian.

apam cornetto mini

5. Lipat kertas segi tiga tadi seperti dalam gambar di bawah, tapi jangan lupa pastikan bahagian kasar berada di dalam dan licin berada di luar.

6. Seterusnya, pusing satu bahagian sampai habis dan tampal guna sellotape (dapat bentuk seperti dalam gambar)

7. Jika nak besarkan saiznya sedikit, hanya lebarkan bahagian atas dan rapikan dengan gunting. Siap untuk digunakan!

Nak dapat bentuk Apam Cornetto yang menjadi, anda perlu sediakan acuan dengan betul. Jika salah langkah, boleh gagal hasilnya nanti.

Tapi jika anda ikut betul-betul langkah di dalam tutorial acuan kon Apam Cornetto mini satu demi satu, pasti hasilnya mengagumkan nanti.

Oleh kerana cara membuatnya agak mudah, ia merupakan idea kuih menarik untuk dijual. Jika ingin mula berniaga, boleh cuba jual Apam Cornetto Mini dahulu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Puan Nurul Hairi

Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN