Categories: Tips & Petua

Tips Buat Telur Separuh Masak Yang Pasti Jadi, 7 Minit Siap!

Tak semua orang tahu tentang tips buat telur separuh masak yang betul. Ada yang buatnya secara terkurang masak, ada pula yang terlebih masak.

Telur separuh masak sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan bersama roti. Sesetengah orang suka memakannya bersama nasi atau mi.

Ada yang sanggup buat roti bakar untuk makan bersama telur separuh masak ini. Ramai juga yang suka memesannya setiap kali bersarapan di kedai mamak.

Semua orang suka makan telur dan sering digunakan dalam masakan harian. Bukan saja boleh dijadikan telur rebus, malah ia boleh dijadikan telur separuh masak.

Apa yang menarik, telur mempunyai kandungan khasiat yang cukup tinggi seperti protein, vitamin serta mineral. Selain itu, ia juga merupakan sumber omega-3 yang sangat baik.

Buat anda yang sering menghadapi masalah telur separuh masak yang tak jadi, sebenarnya ada tips terbaik untuk menjadikannya sempurna.

Mommy H&H sudi berkongsikan tips telur separuh masak selama 7 minit yang pasti jadi di Youtube. Anda boleh cuba cara beliau ini nanti!

Baca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK PASTI JADI

1. Panaskan air sehingga mendidih.

2. Air mendidih, terus matikan api.

3. Masukkan telur yang dah dibasuh bersih. Jangan tutup periuk.

4. Setkan masa selama 7 minit.

5. Selepas 7 minit, keluarkan telur. Letak telur dalam bekas berisi air.

6. Pecahkan telur dan lihat hasilnya. Siap!

Bangun pagi tiba-tiba teringin nak buat telur separuh masak. Dengan putih telur yang cair dengan kuning telur yang meleleh, memang semua orang sukakannya.

Tapi jika anda gunakan tips telur separuh masak ini, ia pasti menjadi. Anak-anak pasti puji ibunya pandai buat.

Selepas ini tiadalah lagi isu telur separuh masak yang tak menjadi bukan? Pasti anda lebih rajin membuatnya sebagai sarapan nanti.

Sekiranya suka, anda boleh menikmatinya dengan meletakkan lada sulah bersama kicap. Selamat mencuba!

Sumber: Mommy H&H

Baca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago