Categories: Tips & Petua

Tips Sira Gula Kuih Keria Tak Cair & Tahan Sampai ke Petang, Wajib Masukkan Tepung ‘Ini’

Ramai suka kuih keria, lebih-lebih lagi apabila gulanya bersalut cantik dan tak cair walaupun disimpan lama. Sebenarnya, ada tips sira gula kuih keria ini tahan sampai ke petang.

Perkongsian Hasmah Jiman di Facebook menunjukkan hasil kuih kerianya cukup cantik dan Azimun Sham telah kongsikan tips supaya sira gula tahan lama di ruang komen.

Baca juga: Sagu Gula Melaka Selalu Hancur? Guna Tips Ini Confirm Cantik Elok Dalam Mangkuk!

TIPS SIRA GULA KUIH KERIA TAHAN LAMA

Bahan-bahan:

  • Kuih keria yang telah siap digoreng
  • Gula pasir secukupnya
  • Sedikit air
  • Tepung gandum (untuk langkah akhir)

Cara-cara membuat:

1. Goreng kuih keria seperti biasa dan ketepikan seketika.

2. Dalam kuali lain, masak gula bersama sedikit air. Tak perlu banyak air, cukup sekadar untuk bantu gula larut dan mula berbuih.

3. Apabila air gula sudah mula berbuih kasar-kasar, masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.

4. Kacau tanpa henti dan jangan tinggal atau biarkan tanpa pengawasan. Proses ini penting untuk memastikan gula tak hangus dan kuih disalut rata.

5. Apabila gula kelihatan semakin kering dan mula menyelaputi kuih, tutup api. Ketika api sudah ditutup, taburkan sedikit tepung gandum ke dalam kuali dan teruskan mengacau.

6. Kacau sampai gula betul-betul sejuk dan bersalut cantik pada keseluruhan permukaan kuih. Barulah berhenti kacau dan kuih sedia untuk dinikmati atau disimpan.

PUNCA SIRA GULA TAK MENJADI DAN CEPAT CAIR

Ramai yang menghadapi masalah apabila buat sira gula kuih keria. Sama ada gula jadi cair semula, tak bersalut atau kuih jadi basah dan kurang menarik.

Sebenarnya, antara kesilapan yang sering dilakukan ialah:

  • Masukkan kuih ke dalam air gula tapi tidak kacau langsung.
  • Biarkan api terus menyala walaupun gula sudah mula melekat.
  • Tak tutup api pada waktu yang tepat, menyebabkan gula jadi hangus atau kembali cair.

Kacau sentiasa dan tutup api tepat pada masanya sangat penting dalam proses ini. Tepung gandum pula membantu gula cepat kering dan melekat cantik tanpa meleleh.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hasmah Jiman, Azimun Sham

Baca juga: Peniaga Kuih Dedah Rahsia Donat Gebu Dan Lembut, Guna Tips Ini Pasti Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Jom Buat Kek Batik Horlick Viral Yang ‘Confirm’ Jadi Kegilaan Ramai, Bukan Versi Coklat Biasa!

Kek Batik Horlick antara pilihan menarik untuk penggemar kek batik yang suka rasa malt berkrim…

2 hours ago

Kulit Pisang Cepat Bertukar Hitam & Lebam? Cuba 6 Cara Ini, Lepas Lima Hari Pun Tahan Lagi!

Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…

6 hours ago

Resipi Fish Ball Homemade Guna Isi Ikan Selayang, Mudah Rupanya…Uli Uli Siap!

Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…

7 hours ago

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

10 hours ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

11 hours ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

11 hours ago