Hampir setiap masakan bermula dengan tumisan bawang, sama ada untuk lauk, sambal atau sup. Oleh itu, anda perlu tahu tips simpan bawang kisar supaya tahan lebih lama.
Ramai yang suka kisar bawang siap-siap supaya lebih mudah dan cepat apabila nak masak. Tapi, masalah yang biasa timbul ialah bawang kisar cepat rosak, berair dan mula berbau.
Sebenarnya, ada tips simpan bawang kisar yang sangat ringkas tapi berguna. Bukan saja tahan lama, malah tips ini dapat memudahkan kerja memasak di dapur. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: 5 Cara Simpan Bawang Supaya Tak Berbau, Guna Tips Ini Pasti Tahan Lama
1. Mula-mula, kupas bawang merah dan bawang putih. Cuci bersih dan potong. Seelok-eloknya, guna grinder food processor blender kerana pengisar ini jenis kering dan tak perlu tambah air.
2. Bawang jadi lebih tahan lama apabila dikisar tanpa air. Tambahan pula, pengisar jenis ini boleh digunakan untuk kisar cili, ayam, daging dan sebagainya.
3. Masukkan dalam bekas dan tambahkan minyak masak (rahsia bawang kisar tahan lebih lama).
4. Apabila nak masak, pastikan guna sudu bersih dan jangan bercampur dengan bahan lain. Hal ini kerana apabila sisa bahan lain masuk, ia akan menjadi punca bawang kisar cepat rosak.
5. Setelah siap, boleh simpan bawang kisar dalam peti sejuk.
6. Tak perlu kisar bawang terlalu banyak, cukup untuk masak dalam tempoh 1 hingga 2 minggu. Jika terlalu lama disimpan, kesegarannya akan hilang dan rasa sedikit berubah.
Dengan cara ini, bukan saja dapat menjimatkan masa di dapur, tapi juga mengelakkan pembaziran. Paling penting, pastikan guna alatan bersih dan simpan dalam bekas bertutup rapat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dibalicious
Baca juga: Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama, Jimat Nak Guna Untuk Masak!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…