Categories: Resipi

Kek Pandan Cheese Leleh Kukus Versi Mesra Bajet, Wangi Sampai Jiran Ketuk Pintu Nak Resipi!

Siapa kata nak buat kek sedap kena ada oven? Dengan resipi Kek Pandan Cheese Leleh ini, anda boleh hasilkan kek gebu, moist dan wangi dengan menggunakan periuk kukus saja.

Kelebihan resipi Kek Pandan Cheese Leleh yang dikongsikan oleh She Syida di Facebook ini, ia sangat mudah dan mesra bajet. Jom kita cuba!

Baca juga: Suka Buat Kek Sarang Semut Tapi Selalu Tak Jadi? Cuba Tips Ini, Confirm Berongga Cantik!

RESIPI KEK PANDAN CHEESE LELEH KUKUS

Bahan-bahan kek:

  • ¾ cawan gula (kurang manis)
  • 3 biji telur (gred B)
  • 1 sudu besar ovalette
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • ½ penutup pewarna hijau
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan-bahan cheese leleh:

  • 250gm cream cheese Tatura
  • ¼ cawan susu cair
  • 1/3 cawan susu pekat manis (tak manis sangat)

Cara-cara membuat:

1. Mix gula, telur, ovalette sampai gebu dan berwarna cerah atau putih.

2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan.

3. Mix sampai sebati.

4. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian mix sekejap tapi jangan lama.

5. Hentikan mixer dan kaup balik bahan tadi. Masukkan dalam bekas, 1/3 bekas untuk kek naik.

6. Tutup adunan jangan bagi kena titis air wap.

7. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus.

8. Sementara itu, boleh buat cream cheese leleh. Mix saja semua bahan sampai gebu.

9. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk. Paipkan cream cheese atas kek. Parut cheddar cheese atas kek.

Tips tambahan:

  • Ikut sukatan betul-betul. Tak perlu masukkan soda bikarbonat, cukup dengan ovalette dan baking powder.
  • Untuk cream cheese, tak perlu guna whipping cream supaya lebih jimat.
  • Semasa nak kukus, tutup dengan penutup atau guna aluminium foil.

Selamat mencuba!

Sumber: She Syida

Baca juga: Kek Kukus Gebu Versi Bajet, Satu Adunan Mudah Boleh Buat Banyak Perisa!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago