PENULIS
najahnurul
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2021-01-26
Memang tak dapat dinafikan, telur ayam merupakan salah satu nikmat makanan, Hal ini kerana, dengan telur je kita boleh masak pelbagai menu. Tapi setiap kali kalau nak kupas kulit telur rebus, mesti bahagian putih telur kelihatan menggerutu dan nampak tak cantik kan? Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada petua bagaimana untuk merebus telur supaya ianya mudah dikupas, pasti kejadiannya tidak ada cacat cela dan licin! Jom ikut tips yang dikongsikan oleh Azizah Ajis di Facebook!
BAHAN – BAHAN
- Telur
- Asam Keping
- Air secukupnya
CARA-CARA
- Masak air sehingga mendidih.
- Letakkan telur bersama asam keping.
- Selepas selesai direbus, lalukan telur pada air yang mengalir.
TIPS TAMBAHAN
Sekiranya tidak mahu menggunakan asam keping. Boleh juga gantikan dengan garam.