Categories: Tips & Petua

Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!

Tak kira sama ada kenduri doa selamat, hari lahir atau sekadar jamuan kecil, pulut kuning memang sentiasa jadi pilihan. Bagi memastikan pulut kuning tahan lama dan tak mudah basi, ada beberapa langkah penting yang perlu anda ikuti.

Salah satu cabaran utama ketika menyediakan pulut kuning adalah ia mudah basi jika tak dimasak dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengetahui tips penyediaan pulut kuning yang tepat.

Kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips dan petua yang boleh membantu pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi. Selain itu, hasilnya kekal berkilat dan lembut dimakan.

Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!

TIPS MASAK PULUT KUNING TAHAN LAMA

Kaedah rendam beras pulut:

1. Rendam beras pulut dengan air sejuk.

2. Masukkan 2 atau 3 butir garam kasar.

3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut.

4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam.

5. Pastikan sebelum direndam wajib dibilas sampai hilang air keruh. Bilas sampai airnya jernih, baru direndam.

6. Semasa rendam, letak sekali 2 sudu serbuk kunyit.

Kaedah kukus beras pulut:

1. Kukusan pertama.

Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.

2. Air kukusan.

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru diletakkan pengukus beras pulut. Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.

3. Semasa mengukus.

Langkah kukusan pertama, selama 10 minit. Rehatkan seketika sebelum mengukus kali kedua.

Langkah kukusan kedua, selama 20 minit. Pulut dicampur bersama ½ cawan minyak atau marjerin, pewarna kuning telur, 200ml santan, 2 cawan air dan 1 sudu kecil garam.

4. Beras pulut nampak berkilat.

Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning nampak berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut.

Pulut kuning akan nampak sebiji-sebiji apabila dihias, tapi tak perlu risau. Walaupun pulut kuning nampak berbiji, namun teksturnya sangat lembut dan tahan lama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Maz Samad

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago