Categories: Tips & Petua

Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!

Nasi goreng sentiasa menjadi penyelamat sewaktu lapar, baik sarapan, makan tengah hari atau malam. Buat pengetahuan anda, ada beberapa tips nasi goreng sedap dan berderai cantik.

Kadangkala nasi goreng yang dimasak di rumah jadi lembik, melekat dan tak berderai. Apabila tengok hasilnya, tak serupa langsung macam yang dibuat di kedai makan.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips nasi goreng sedap yang dapat membantu terutamanya buat mereka yang bujang atau belum biasa memasak. Jom kita tengok tipsnya!

Berikut adalah beberapa tips nasi goreng sedap yang mungkin dapat membantu, terutamanya mereka yang bujang atau belum biasa memasak.

Baca juga: Tips Nasi Ayam Lebih Beraroma & Penuh Rasa, Sampai Esok Teringat Sedapnya

TIPS NASI GORENG SEDAP

1. Guna nasi sejuk atau kering.

Mula-mula, penting untuk gunakan nasi yang kering. Orang dulu-dulu guna lebihan nasi yang disimpan dalam peti sejuk, baru dapat tekstur cantik dan berderai.

Jika tiada nasi lebih, boleh gunakan nasi yang baru dimasak, tapi kena anginkan dulu dan sejukkan sebentar supaya tak melekat apabila dimasak.

2. Tumis dengan api besar.

Pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak. Seeloknya tumis perencah seperti bawang, ikan bilis dan cili dengan api besar.

Tunggu sampai garing, tapi jangan sampai hangus. Setelah selesai menumis perencah, perlahankan sedikit api terutama semasa masukkan nasi.

3. Renjiskan minyak bijan.

Jika perasan, sesetengah nasi goreng mengeluarkan aroma yang sangat wangi dan menyelerakan lain daripada lain.

Bagi menjadikan nasi goreng lebih beraroma, boleh renjiskan sedikit minyak bijan. Jika tiada, boleh gunakan marjerin atau mentega.

Selain menambahkan aroma, minyak bijan boleh mengelakkan nasi daripada menjadi keras.

4. Cara masukkan telur.

Sesetengah orang gagal dalam bab masukkan telur sampai menyebabkan nasi goreng melekit. Ada dua cara untuk masukkan telur dalam nasi goreng, sama ada pada awal atau akhir masakan.

Bagi yang suka masukkan telur awal-awal, pecahkan telur dulu, asingkan, baru tumis bahan perencah. Boleh juga tumis rempah dulu, ketepikan sikit dan pecahkan telur di sebelahnya.

Bagi yang biasa masukkan telur pada akhir masakan, ketepikan nasi atau buat lubang di tengah-tengah nasi yang hampir siap digoreng rata. Pecahkan telur dan biar sebentar. Apabila telur yang dipecahkan sudah agak kental, baru gaulkan bersama nasi.

5. Belacan.

Sebenarnya, salah satu bahan perasa yang paling padu dalam nasi goreng adalah belacan. Lebih sedap jika bakarkan sedikit belacan atas api.

Jika tiada belacan atau ada alergi, gantikan dengan udang kering atau ikan bilis yang ditumbuk halus.

6. Guna lebihan ikan goreng

Selain belacan, satu lagi senjata rahsia dalam ramuan nasi goreng adalah isi ikan. Jika ada baki lebihan ikan goreng, ambil isinya dan tumbuk sekali bersama bawang untuk dibuat perencah.

Jika tiada ikan goreng, boleh juga gunakan isi ikan dalam lauk-pauk semalam. Basuhkan sedikit dan buat cara yang sama.

Rasa ikan yang lebih lemak ini dapat membuat rasa nasi goreng anda lebih sedap. Tak perlu pakai ajinomoto atau sebarang serbuk perasa tambahan lain lagi.

7. Petua gaul nasi dengan garam.

Akhir sekali, mungkin ada di antara anda yang selalu masak nasi goreng dengan garamnya yang tak sekata. Silap-silap, sampai tergigit garam sewaktu makan.

Jadi, cuba gaulkan garam bersama nasi di dalam bekas sebelum memasukkannya ke dalam kuali. Masukkan sedikit demi sedikit. Nak lebih selamat, gunakan garam halus.

Kacau rata, kemudian rasa sedikit. Jika sudah banyak ikan bilis, bolehlah kurangkan sedikit jumlah garam yang nak digunakan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Lailatul Munira Zainuddin

Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!

Aimi

Recent Posts

Resipi Asam Pedas Ikan Siakap Ala Nyonya, Kuah Pekat Makan Dengan Nasi Panas… Memang Tak Toleh Kiri Kanan!

Asam pedas nyonya antara menu yang cukup menggoda selera, lebih-lebih lagi apabila kuahnya dimasak pekat…

2 hours ago

Telur Kopitiam Guna Periuk Biasa, 7 Minit Saja Dah Boleh Dapat Kuning Cair Elok!

Nak menikmati telur kopitiam yang lembut dengan kuning telur cair tanpa perlu keluar sarapan di…

2 hours ago

Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade, Ayam Panggang Juicy Dengan Nasi Wangi & Sos Cili Segar!

Kalau teringin makan nasi ayam roasted yang lengkap dengan ayam panggang juicy, nasi wangi dan…

3 hours ago

Sambal Belacan Resepi Simple ‘Diva Hair Salon’, Ratah Dengan Ulam Pun Dah Cukup Nikmat!

Kalau tengah mencari sambal belacan resepi simple yang mudah dibuat tetapi tetap menyelerakan, resipi perkongsian…

3 hours ago

Resipi Salad Buah-Buahan, Sos Creamy Ini Buat Rasanya Makin Sedap & Menyegarkan

Kalau sedang mencari resepi salad buah yang mudah dan segar, boleh cuba versi ini. Tak…

4 hours ago

Cara Mudah Masak Sagu Tanpa Gagal, Ikut Petua Ini Hasilnya Cantik Sebutir-Sebutir

Kalau selalu risau sagu jadi terlalu lembik, melekat atau tidak masak sekata, boleh cuba cara…

5 hours ago