Categories: Tips & Petua

TIPS MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-30 06:24:06

Selera makan kita mesti akan terbantut kalau ikan tu hanyir kan? Tak bestlah nak makan bila rasa hanyir ni. Nak makan pun jadi tak semangat.

Sebab itulah penting untuk anda cuci ikan sebaiknya supaya hilang bau hanyir. Hari ini kami akan kongsikan tips untuk anda semua!

 

RENDAM DALAM AIR GARAM & LIMAU KASTURI

Kebiasaanya orang akan gunakan teknik ini untuk cuci ikan air sungai sebab ikan air sungai lebih hanyir daripada ikan laut. Anda hanya perlu rendamkan ikan dalam air berisi 3-4 sudu garam bersama dengan beberapa biji limau kasturi. Bukan setakat bau hanyir, lendir dari ikan pun mudah untuk dihilangkan!

 

RENDAM DALAM SUSU

Buang organ dalaman ikan terlebih dahulu dan rendamkan ikan anda seketika dalam air susu. Selepas beberapa minit, anda hanya perlu cuci semula ikan seperti biasa. Ikan anda akan hilang bau hanyir itu.

 

PERAP DENGAN TEPUNG 

Anda hanya perlu perapkan ikan dalam tepung beras ataupun tepung gandum selama 10-20 minit untuk hilangkan hanyir ikan. Selepas itu, cuci bersih ikan anda dan masak seperti biasa.

 

AIR BASUHAN BERAS

Air basuhan beras jangan dibuang! Cuci ikan seperti biasa menggunakan air basuhan beras tersebut. Ianya boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan.

 

RENDAM DENGAN AIR CUKA

Anda hanya perlu campurkan sedikit cuka dalam air dan rendamkan ikan selama beberapa minit. Selepas itu, cuci ikan dengan bersih untuk hilangkan bau cuka. 

 

PES CAMPURAN KUNYIT, TEPUNG JAGUNG & GARAM

Anda hanya perlukan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan perapkan ikan dengan pes itu selama 30 minit. Anda juga boleh terus goreng ikan anda tanpa mencuci.

 

GUNA LEMON

Hanya titiskan sedikit jus lemon ke atas ikan. Anda boleh juga gunakan limau purut untuk teknik ini. Biarkan seketika kemudian basuh bersih. 

 

PERAP BERSAMA HALIA

Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama 30 minit. Ini akan hilangkan bau hanyir pada ikan anda. 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago