PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-04-30 08:08:06
Ayam kampung sememangnya lazat kerana rasanya lebih manis daripada ayam biasa. Kita juga sedia maklum bahawa ayam kampung bebas daripada sebarang suntikan hormon. Masaklah juadah apa pun dengan ayam kampung, mesti sedap. Tapi, daging ayam kampung ni boleh tahan liat. Jadi, kami ada 5 solusi untuk kurangkan liat ayam kampung supaya mudah untuk anda makan.
1. PRESSURE COOKER
Barang yang setiap ibu patut ada. Sangat memudahkan! Tekanan tinggi dari pressure cooker akan melembutkan isi ayam kampung dan ayam lebih cepat masak. Jadi, anda tidak perlu tunggu lama untuk ayam masak dan lembut. Senang bukan?
2. ISI NENAS
Perap ayam kampung dengan isi nenas yang telah dikisar selama sejam. Setelah sejam, anda hanya perlu cuci dan masak ayam seperti biasa.
3. DAUN PISANG
Masukkan daun pisang abu ke dalam periuk yang berisi ayam dan masak seperti biasa. Keluarkan daun pisang tersebut apabila ayam anda sudah kelihatan empuk. Selain itu, dengan memasak ayam bersama daun pisang, ayam anda akan mudah empuk. Daun pisang abu katanya boleh melembutkan isi ayam kampung yang liat.
4. AIR KELAPA MUDA
Rebus ayam bersama air kelapa muda selama beberapa minit sehingga ayam kelihatan empuk. Kemudian, toskan airnya dan masak ayam seperti biasa. Air kelapa muda bukan sahaja boleh melembutkan isi ayam, ia juga boleh membuatkan masakan anda menjadi lebih enak. Tak percaya? Cubalah!
5. TEMPURUNG KELAPA
Ketika merebus ayam, masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk. Ia mampu mempercepatkan proses melembutkan isi ayam kampung.
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…