Categories: Tips & Petua

Tips Memasak Untuk Beginners

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-06-23 19:26:44

 

Ada antara korang yang baru belajar memasak? Well, mestilah lah kalau baru belajar buat banyak silap. Terlalu masin ke, manis ke, tak de rasa langsung ke. Jangan give up! Kita ada tips untuk korang faham apa yang korang buat dalam dapur.

 

Nak masak ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak ye! Nak-nak kalau yang baru nak belajar masak tu. Kang ada yang termasin takpun takde rasa langsung. Apa pun korang jangan cepat give up!

 

Meh admin share tips untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam bab memasak.

 

Jangan Pernah Takut Untuk Cuba

 

Foto Kredit: me.me

Paling penting, mindset kena positif ye. Untuk permulaan, korang boleh start dengan resipi yang simple. Baca resipi itu perlahan-lahan, fahamkan betul-betul, lepas itu cuba praktikkan. Of course, kalau hasilnya tak capai expectation, korang jangan give up. Cuba sampai jadi! Kita takkan jadi pandai dalam sehari. Bak kata orang putih, “Rome wasn’t built in a day”.

 

Banyak Observe Orang Lain

Foto Kredit: bhms.ch

Kalau ada orang lain yang tengah masak dekat dapur, korang pergilah usha dia. Tanya-tanya dia buat apa atau tips yang korang boleh cuba. Tengok dia masak apa dan cara dia masak. Lepas dah observe, cuba praktikkan sendiri.

 

Tengok YouTube

Foto Kredit: lifewire.com

 

Zaman dah maju dikk. Korang boleh je “Google” tak pun search kat Youtube. Paling mudah nak belajar masak adalah dari YouTube. Ada banyak chef selebriti yang buat video pasal memasak. So, rajin-rajinlah tengok video dan praktikkan sendiri!

 

Sediakan Semua Bahan & Alat Yang Diperlukan

Foto Kredit: fertileunderdog44.wikidot.com

 

Bila dah plan nak masak apa, korang kena sediakan dulu bahan-bahan dan alat yang diperlukan. Jangan bila dah nak masak baru gelabah nak mencari. Nak masak kena rajin plan sebelum buat.

 

Gunakan Bahan Segar

Foto Kredit: 123rf.com

 

Nak hasilkan makanan yang sedap, kena gunakan bahan yang segar. Jangan abaikan aspek ini sebab ia akan bagi kesan kat masakan korang. Bukan nak sedap je, tapi masakan korang kena sihat jugak!

 

Happy Cooking!

Foto Kredit: sheknows.com

 

Secara jujurnya, belajar memasak ini bukannya perkara yang mudah. Ia perlukan kesabaran dan kegigihan. Kita pasti akan buat silap. Biasalah, baru nak belajar kan. Tapi, yang penting kita jangan give up. Last but not least, kita kena have fun!

 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago