PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-06-28 05:00:54
Nasi kandar memang makanan ikonik di negeri Pulau Pinang. Pelancong yang datang pasti takkan pulang tanpa merasai makanan yang menjadi simbol keunikan Pulau Mutiara. Buat korang yang ada di Pulau Pinang atau yang tengah plan nak ke sana, ini antara lokasi nasi kandar yang padu korang kena cuba.
Foto Kredit: hungryonion.org
Ali Ameir beroperasi seawal jam 6.30 pagi sehingga 11 pagi. Ali Ameir Nasi Kandar akan ditutup untuk beberapa jam sebelum dibuka kembali pada jam 6:30 petang. Korang jangan pelik ye! Orang utara memang pagi pun makan nasi.
Foto Kredit: syilingperingatan.blogspot.com
Haa..Rahmat Berkat boleh dikatakan sebelah-sebelah je dengan Ali Ameir. Cuma, dia bukannya bangunan jenis shoplot. Gerai kecil je. Tapi, pelanggannya tetap ramai. So, kalau korang nak try nasi kandar Rahmat Berkat kena cepat tau sebab dia dibuka dari jam 9 malam sampailah makanan habis. Siapa cepat dia dapat!
Foto Kredit: vkeong.com
Nasi kandar Kampong Melayu terkenal sebab dia paling havoc serve nasi kandar di waktu pagi. Mesti korang pelik kenapa makan nasi kandar waktu pagi kan? Haa, sebenarnya orang dulu-dulu makan nasi kandar pagi-pagi supaya ada tenaga untuk kerja. And of course nasi kandar kat Kampong Melayu ni admin jamin sedap!
Foto Kredit: deenamik.com
Haa.. Siapa je yang tak tahu Deen Maju. Admin pun rasa tak perlu nak cerita lebih. Hari-hari orang ramai beratur panjang kat sini. Memang confirm sedap. Ini antara nasi kandar yang korang wajib try kalau sampai Pulau Pinang.
Foto Kredit: vkeong.com
Shariff Nasi Kandar ni salah satu nasi kandar favourite admin. Sebenarnya, tak ramai yang tahu pasal Shariff Nasi Kandar kalau nak dibandingkan dengan Deen Maju atau Kampong Melayu. Dulu Shariff Nasi Kandar ni hanyalah gerai kecil tepi jalan tapi sekarang dah tukar jadi shoplot!
So, hangpa yang kat Penang ataupun yang nak pergi Penang kena serbu tempat-tempat ni. Memang takkan menyesal lah!
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…