PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Sayur sangat kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur. Jadi mari kita cuba tips mengekalkan nutrient sayur sebaik mungkin yang dikongsikan oleh Siti Haziana di facebook.

Kredit: Siti Haziana
  • Gunakan sesedikit mungkin air ketika merebus atau mendidihkan sayur.

  • Ambil cecair yang tinggal di dalam kuali setelah memasak sayur.

  • Jangan kupas sayur-sayuran sehingga selepas memasaknya. Sebaiknya jangan kupas sama sekali untuk memaksimumkan ketumpatan serat dan nutriennya. Contohnya lobak merah & ubi kentang, cuma basuh/berus bersih kulitnya.

  • Masak sayur dalam jumlah air yang lebih kecil untuk mengurangkan kehilangan vitamin C dan vitamin B.

  • Cuba makan sayur-sayuran yang dimasak dalam satu hari, kerana kandungan vitamin C pada sayur akan terus menurun ketika makanan yang dimasak terkena udara.

  • Masak sayur hanya selama beberapa minit jika boleh, jangan biarkan lama atas api.

  • Jangan guna baking soda semasa memasak sayur. Walaupun ia boleh kekalkan warna, vitamin C akan hilang di persekitaran alkali yang dihasilkan oleh baking soda.

  • Potong sayuran dalam saiz besar untuk mengurangkan kuantiti vitamin yang musnah bila sayur terdedah kepada udara.

  • Apabila memasak sayur, sentiasa tutup periuk untuk memerangkap stim dan haba supaya dapat mengurangkan waktu memasaknya.

Kredit: Siti Haziana

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN