Categories: Tips & Petua

6 Tips Masak Kari Supaya Kuah Cantik Berkilat, Rasa Pun Lebih Terangkat!

Apabila dapat makan kari yang kena dengan tekak, boleh buat makan bertambah-tambah. Buat pengetahuan ada, ada beberapa tips masak kari supaya kuah cantik dan menyelerakan.

Kadangkala nampak kuah kari yang kusam, terlalu cair atau tak menyerlah, boleh buat mood makan jadi merundum. Rasa sedap itu penting, tapi rupa pun main peranan juga.

Kami terjumpa perkongsian video oleh thesisterscookingproject di TikTok tentang tips masak kari dan hasil kuahnya nampak cantik, berkilat dan menyelerakan. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

TIPS MASAK KARI SUPAYA KUAH CANTIK

1. Jangan kedekut minyak.

Nak masak kari yang sedap, paling penting sekali jangan kedekut minyak. Pastikan untuk guna minyak yang banyak untuk menumis. Hasilnya, kuah akan jadi cantik dan berkilat.

2. Wajib guna banyak bawang merah.

Jika masakan biasa hanya menggunakan sebiji bawang merah, maka nak masak kari kena gandakan atau lebih lagi. Pastikan untuk tumis sampai sedikit garing, bawang akan keluarkan rasa manis semula jadi.

3. Jangan kedekut rempah kari.

Tips ini ramai yang terlepas pandang semasa masak kari. Jika tak cukup rempah, rasa kari akan hilang apabila sudah tambah bahan lain nanti.

4. Tambah minyak jika tumisan rempah nampak kering.

Jika tumisan rempah menjadi kering, tandanya tak cukup minyak. Oleh itu, anda perlu tambah minyak sampai rempah nampak basah.

5. Wajib masak rempah sampai pecah minyak.

Pastikan untuk masak rempah sampai pecah minyak, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Cara ini dibuat untuk memastikan rempah betul-betul masak dan naik rasanya.

6. Lebihkan bawang merah, serbuk kari dan cili kisar supaya kuah pekat.

Jika sukakan kuah yang pekat, anda perlu lebihkan bawang merah, serbuk kari dan cili kisar semasa memasak. Selain itu, serbuk cili akan jadikan warna kuah lebih merah dan cantik.

Kuah kari yang cantik adalah selepas masukkan air, minyak akan terapung dan berkilat di permukaan. Sesiapa saja yang melihatnya, pasti akan terpikat dengan aromanya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: thesisterscookingproject

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

Aimi

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

10 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

12 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

12 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

12 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

14 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

16 hours ago