Categories: Tips & Petua

Suka Buat Kek Sarang Semut Tapi Selalu Tak Jadi? Cuba Tips Ini, Confirm Berongga Cantik!

Ramai yang mencari cara buat kek sarang semut supaya hasilnya menjadi dan berongga cantik. Jangan risau, anda boleh gunakan tips kek sarang semut ini semasa membuatnya nanti.

Sebenarnya bukanlah bergantung pada resepi, tapi pada teknik dan cara semasa menyediakan adunan serta membakarnya. Asalkan tahu tekniknya, pasti hasil jadi sempurna.

Semua tips kek sarang semut yang dikongsikan oleh Nuriz Zatiyy di Facebook ini dikumpulkan hasil daripada buku masakan, blog dan pengalaman sendiri. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan, Dapat Hasil Bersarang Sempurna

TIPS KEK SARANG SEMUT BERONGGA CANTIK DAN KENYAL GEBU

1. Jangan pukul telur sampai kembang.

Jika nak kek itu kenyal dan lembut, jangan pukul telur sampai berbuih atau naik kembang. Cukup kacau-kacau dengan senduk atau whisk biasa saja sampai cair.

2. Peram adunan sekurang-kurangnya 3 jam.

Setelah siap adunan, peram selama 3 hingga 4 jam. Jika boleh, biar lebih lama pun bagus. Tujuannya untuk hasilkan lubang-lubang kecil yang sekata. Ini rahsia utama kek jadi lawa apabila dipotong.

3. Teknik bakar dua suhu iaitu api bawah dulu, baru api atas.

Semasa nak bakar kek, guna api bawah saja untuk 35 minit pertama. Selepas itu, baru hidupkan api atas dan teruskan bakar selama 10 minit lagi.

Paling penting, jangan lupa uji dengan lidi untuk pastikan kek sudah cukup masak. Suhu yang disyorkan ialah 165°C hingga 175°C.

4. Peram terus dalam loyang, tak perlu kacau lagi.

Selepas siap bancuh, terus tuang dalam loyang. Peram adunan dalam loyang itu juga dan jangan kacau adunan selepas peram.  Jika kacau, struktur lubang boleh rosak. Apabila cukup masa, terus masuk oven.

5. Masukkan sedikit asid dalam gula hangus.

Ramai tak tahu tips ini iaitu masukkan sesudu kecil cuka, jus lemon atau jus oren ke dalam gula hangus yang telah dicairkan. Ia bertindak sebagai agen bantu untuk hasilkan lebih banyak lubang.

6. Tambah pewarna untuk kekal warna menarik.

Nak warna lebih cantik keemasan, tambah setitik pewarna merah dan kuning ke dalam gula hangus. Tapi ingat, semasa buat gula hangus itu jangan sampai terlebih hangus, nanti kek jadi gelap sangat dan pahit pula.

7. Cara potong kek juga main peranan.

Setelah kek siap, potong bahagian tengah dulu, tengok arah garisan sarang dalam kek. Kemudian, potong melintangi arah garisan tersebut. Jika salah arah, corak takkan timbul.

8. Tambah baking powder untuk kek naik elok.

Jika guna tepung biasa, boleh tambah 1 sudu kecil baking powder untuk bantu proses naikkan kek dan hasilkan tekstur berlubang. Tapi jika guna tepung naik sendiri, tak perlu tambah lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nuriz Zatiyy

Baca juga: Tips Kek Marble Gebu & Tak Mendap, Guna Teknik Ini Hasil Terus Naik Cantik

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!

Resepi homemade sosej ini memang sesuai dicuba kalau anak-anak suka makan sosej tetapi dalam masa…

2 days ago

Resipi Kuih Lapis Labu Bunga Telang, Bukan Saja Cantik Tapi Rasa Lembut & Berlemak

Kuih lapis labu bunga telang ini bukan sahaja menarik dengan gabungan warna kuning dan biru,…

2 days ago

Cara Buat Bihun Sup Dengan Sambal Kicap ‘Power’, Ringkas Tapi Sedapnya Tak Terkata!

Kalau tengah cari resepi bihun sup ayam yang mudah tetapi tetap sedap, boleh cuba versi…

2 days ago

Resipi Sambal Telur Rebus Ini Istimewa, Letak Kerisik Buat Rasanya Lebih Berlemak Ala Rendang

Kalau selalu masak resepi sambal telur rebus yang biasa, apa kata cuba versi yang satu…

2 days ago

Tips Lempeng Lembut & Berongga Elok, Wanita Ini Kongsi Teknik Mudah Selepas Cuba Sendiri

Nak lempeng yang lembut dengan bahagian belakang berongga? Tips lempeng lembut ini dikongsikan Siti Ifatin…

2 days ago

Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!

Kalau sedang mencari resepi cucur jagung manis yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan, boleh…

2 days ago