Kadang-kadang bila kita goreng ikan kerisi, hasilnya tak seperti yang diharapkan. Ikan kerisi goreng menjadi hancur dan rupa pun tak cantik.
Kalau anda salah seorang yang mengalami masalah ini, jangan risau kerana sebenarnya ada beberapa teknik mudah untuk dapatkan ikan goreng yang sempurna.
Ikan kerisi memang terkenal dengan isinya yang lembut dan rasa yang sedap, tapi kalau tak kena caranya, ikan boleh jadi hancur atau tak garing.
Jadi, kalau anda nak ikan kerisi goreng yang cantik, garing, dan sedap, ikuti beberapa tips mudah ini supaya ikan anda tak hancur dalam kuali!
Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!
“Haritu acik nampak satu post yang mengadu pasal ikan kerisi goreng yang tak jadi, hancur dan tak ada rupa ikan. Kesian acik tengok. Acik ni tak kata pandai sangat, boleh la sikit-sikit.
Ikan kerisi ni memang lembut isinya, tak macam ikan lain. Jangan ikut petua lama, nanti cepat tua. Pakai cara pemuda, konpem jadi!”
Berikut merupakan petua goreng ikan agar tidak hancur:
1. Cari ikan kerisi yang fresh: Pilih ikan yang warnanya masih pink, garis kuning masih terang, sisik masih melekat pada badan, dan badan ikan masih pejal kalau ditekan dengan jari. Kalau beli ikan yang lama, memang susah nak goreng.
2. Ikan mesti dikelar: Tengok gambar cara kelar ikan. Ini akan buat ikan lebih cepat masak dan garing.
3. Minyak perlu panas: Kalau guna kuali yang bukan non-stick, goyang-goyangkan minyak dan urut-urut dengan sudip (jangan tak percaya). Minyak kena banyak supaya ikan tenggelam. Biarkan minyak betul-betul panas dan berasap sebelum masukkan ikan.
4. Teknik menggoreng: Masukkan ikan sikit-sikit, 2-3 ekor sekali jalan. Bila ikan dah masuk, jangan usik ikan dengan sudip. Tak perlu kecilkan api, biarkan dalam 3-4 minit tanpa dibalik-balikkan. Bila minyak dah kurang berdesir, baru balikkan ikan.
Sumber: Ahmad Shinoda
Baca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur ‘Rangup’, Tulang Pun Boleh Makan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…