Categories: Tips & Petua

Tips Hilangkan Panas Pedih Di Tangan Selepas Menumbuk Cili

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-10 04:12:24

Bila memasak di dapur, perkara yang paling tak selesa adalah selepas menumbuk atau memotong cili. Ini kerana rasa ‘pijar’ atau panas pedih pada tangan mesti akan muncul akibat daripada sentuhan dengan cili semasa menumbuk. Lagi-lagi bila tangan pula tersentuh mata, aduhhh pedihnya! Kadang-kadang sampai hilang selera makan sebab nak tahan pijar pada tangan.


Kredit: Pixabay 

 

Masalah pijar tangan ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya mencuci tangan dan ia memerlukan beberapa langkah yang betul untuk menghilangkan rasa kurang selesa pada tangan. Ini ada beberapa tips yang terbukti berkesan untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan. Perkongsian ini dibuat oleh Rafiza Idayu menerusi laman Facebook.

 

1.  Lumurkan dengan bahan lemak


Kredit: leaftv.com

Biasanya untuk bahan lemak, gunakan minyak masak kerana ia lebih mudah untuk didapatkan. Secara saintifiknya, lemak bertindak sebagai pelarut dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili. Kalau anda belum tahu, capsaicin inilah yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar. Sapukan minyak pada kawasan yang terkena cili dan rasa pijar tersebut akan hilang dengan cepat. Apabila sudah terasa lega, cucikan tangan dengan sabun.

 

2.  Lumurkan dengan garam dan gula


Kredit: SirapLimau

Cara ini juga sering diamalkan jika berlakunya rasa pijar cili pada tangan. Ada dua acara yang anda boleh ikuti. Cara pertama adalah dengan mengambil sedikit garam dan kemudian lumurkan pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilaskan sehingga bersih. Cara kedua pula, ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Kemudian, rendamkan tangan ke dalam air campuran itu selama 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda. Anda juga boleh lakukan petua yang sama dengan menggunakan gula.

3.  Air rendaman asam jawa


Kredit: Titiknol

Menggunakan air asam jawa juga antara langkah yang berkesan untuk menghilangkan rasa pijar. Petua ini dikongsikan sejak turun-temurun daripada orang tua kita. Bagi anda yang belum pernah mencuba, cara-caranya adalah dengan mengambil sedikit asam jawa dan kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air. Kacaukan sehingga rata dan kemudian rendamkan tangan anda ke dalam air rendaman tersebut. Anda akan rasa pijar-pijar pada tangan hilang dengan cepat.

 

4. Gosokkan tangan pada keluli

Kredit: Dennis Flood 2006

Petua ini mungkin kedengaran agak lucu, namun hakikatnya ia sememangnya berkesan! Caranya, gosokkan tangan anda pada sudu ataupun sinki selama beberapa minit. Kemudian, lalukan air pada tangan sehingga tangan anda rasa lebih lega dan selesa. Tambahan lagi, selain menghilangkan rasa pijar pada tangan, petua ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.

 

5. Rendamkan ke dalam bekas beras


Kredit: shutterstock

Akhir sekali, beras juga turut membantu menghilangkan rasa pijar pada tangan. Caranya adalah anda perlu meletakkan beras secukupnya ke dalam bekas. Kemudian, masukkan tangan anda ke dalam bekas tersebut. Tunggu sehingga rasa pijar semakin berkurangan dan bilas seperti biasa. Untuk cara yang lebih mudah, anda juga boleh terus memasukkan tangan anda ke dalam tong beras. Namun, pastikan tangan sudah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas tersebut.

 

Petua-petua ini sememangnya mudah untuk dilakukan. Anda tak perlu risau lagi untuk menumbuk atau memotong cili selepas ini kerana sudah ada solusinya. Kongsikan juga petua ini kepada orang lain supaya dapat memberi manfaat kepada semua.

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

22 hours ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

24 hours ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

24 hours ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago