Categories: Resepi

Resipi Kek Kukus Coklat Moist, Hanya Guna Sukatan Cawan Je!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-07 05:01:59

Sementara menunggu masa untuk kembali semula ke kampus, pasti para pelajar universiti tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin bersama keluarga. Ada yang pergi makan angin, dan ada juga memilih untuk melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah seperti belajar memasak.
 

Haa, sambil-sambil itu boleh lah para pelajar cuba membuat kek kukus coklat ini. Caranya mudah sahaja, hanya gunakan sukatan cawan! Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Nor Juliana menerusi Buku Resipi.


Kredit: Nor Juliana
 

Bahan-bahan:
 


Kredit: Nor Juliana

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur

Cara penyediaan:


Kredit: Nor Juliana

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 5 minit. Kemudian, panaskan air dalam periuk kukusan.

 

Bahan-bahan ayak:


Kredit: Nor Juliana

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

 

Cara-cara:

  1. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas dan kemudian masukkan tepung. Gauklkan sehingga rata.
  2. Kemudian, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang.
  3. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
  4. Untuk memastikan sama ada kek sudah masak, cucuk lidi atau garpu ke dalam kek tersebut. Jika teksturnya sudah tidak melekat-lekat, ini bermakna kek sudah cukup masak.

Siap! Penyediaan yang sangat mudah. Selamat mencuba!


Kredit: Nor Juliana

myresipi

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

2 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

4 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

5 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

5 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

5 hours ago