Biasanya kalau nak hilangkan getah nangka ni guna minyak tanah. Tapi itulah, minyak tanah tu baunya kuat sangat nama pun minyak tanah.
Nak guna minyak masak pun boleh tapi lambat dan tak berapa nak hilang getahnya tu.
Rupanya ada cara lain yang lagi mudah untuk hilangkan getah nangka iaitu dengan merebus nangka.
Petua ini telah dikongsikan oleh Zizah Mizie di laman sosial Facebook.
Tips Buang Getah Nangka
Rebus sebijik nangka utk buang getah. Dapat petua ni dalam group mahn ni jugak, memang betol menjadi, getah tak melekat pun pada pisau.
Cara-caranya:
1. Rebus nangka sampai empuk.
2. Kemudian buang kulit dan tak perlu rebus lagi. Terus lebur dengan bahan dan santan untuk dimasak gulai nangka.
Kredit: Zizah Mizie