Categories: Tips & Petua

Tips Goreng Sotong Rangup & Sedap, Yang Penting Tak Meletup!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-01 07:24:05

Sotong goreng tepung ini sememangnya makanan cukup popular dalam kalangan penggemar makanan laut. Lebih-lebih lagi bila dimakan rangup-rangup bersama nasi panas, fuhhh sememangnya menyelerakan! Ia nampak mudah untuk dibuat tapi jika salah caranya, ini akan menyebabkan tepungnya tertanggal, tidak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.

Bagi penggemar sotong goreng tepung ini, ada cara yang terbaik untuk memastikan sotong digoreng dengan lebih rangup dan tidak meletup. Jom ikuti tips mudah ini yang dikongsikan oleh Murni Rahmat menerusi laman Facebook.


Kredit: Murni Rahmat

 

  1. Pemilihan Sotong

    Untuk mendapatkan sotong yang rangup dan tidak meletup-letup ketika digoreng, pastikan anda memilih sotong yang segar ketika membelinya. Ini supaya hasil gorengan sotong nanti akan jadi lebih padu dan berbau harum.


    Kredit: Murni Rahmat

     

  2. Toskan Sotong Hingga Kering

    Sekiranya anda tidak dapat membeli sotong yang segar, ada cara yang lain anda boleh gunakan. Caranya adalah dengan menyiang dan membasuh sotong seperti biasa. Kemudian, potongkan sotong dan toskan air sehingga sotong betul-betul kering. Ini untuk memastikan minyak tidak akan meletup-letup ketika menggoreng sotong.


    Kredit: Rasa
     

  3. Tepung Salut

    Gunakan dua jenis tepung untuk menyalut sotong sebelum digoreng rangup. Satu ialah tepung yang kering, mana satu lagi yang sudah siap digaul bersama air. Setelah siap mengeringkan sotong, masukkan sotong ke dalam sebekas tepung kering. Golek-golekkan sotong sehingga sebati dan rata. Kemudian, celupkan pula ke dalam adunan tepung yang basah dan gaulkan hingga sebati.


    Kredit: Murni Rahmat


    Kredit: Murni Rahmat


  4. Kuantiti Minyak

    Bagi memastikan sotong tepung goreng yang sangat rangup, pastikan anda menggunakan kuantiti minyak yang banyak untuk menggorengnya. Untuk ini, gunakan kuali yang besar supaya minyak dapat diletakkan dengan banyak dan dapat mengelakkannya dari kuali tersebut. Pastikan juga anda menggunakan api yang besar semasa menggorengnya.


    Kredit: Hijabista

 

Siap! Mudah sahaja tips ini kan? Selepas ini boleh lah penggemar sotong goreng tepung mencubanya dirumah tanpa perlu risau terkena percikan minya lagi. Sotong pun dapat dimakan denga rangup! Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.


Kredit: Murni Rahmat

 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago