Categories: ResipiTips & Petua

Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok

Pasti ramai yang masih berjinak-jinak dalam dunia ‘baking’ kan. Apa yang paling penting kalian perlu sentiasa belajar dengan orang yang betul.

Bukan sekadar ‘rasa’ kek perlu sedap, rupa kek juga perlu diambil berat oleh peniaga.

Menurut Mr. Ali yang pernah viral dengan resipi kek batik, jenama produk yang diguna juga memainkan peranan penting dari segi rasa walaupun guna resipi yang sama. Selain itu teknik pun kena betul.

TIPS WHIPPING CREAM KENTAL ELOK

Whipping cream pastikan dipukul kental, jadi macam mana nam dapat dairy whipping  yang kental elok, kembang & fluffy. Ada cara dia.

1. Pastikan whipping cream digoncang sebelum diguna.

2. Guna mangkuk besi.

3. Pukul whipping cream pada kelajuan rendah, beberapa saat kemudia baru guna kelajuan maksimum.

4. Bila whipping cream dah capai tahap soft peak (krim makin pekat atau makin kembang), berhenti sekejap dalam 2-3 saat. Kemudian sambung pukul balik. Ini akan membuatkan krim jadi lebih cepat kembang).

5. Krim yang kembang bermaksud: apabila kita angkat krim dengan attachment ia tak jatuh dan bila kita kaup, krim selebihnya tak jatuh. Boleh rujuk gambar.

6. Paling penting , krim jadi bertanduk kecil dan tanduknya tak bergoyang.

7. Pastikan jangan pukul di tempat yang berhaba dan panas. Jika masih tak kembang boleh timbang siap-siap whipping cream kemudian sejukkan dalam peti ais selama 30 minit. Keluarkan, letakkan mangkuk berisi ais di bawah dan pukul krim tadi. InsyaAllah kembang cantik.

TIPS COKLAT GANACHE BERKILAT CANTIK

1. Guna butter untuk tujuan kilatkan ganache. Pakai buttercup pun boleh. Kalau guna pure butter, ganache akan lebih berlemak elok.

2. Cara saya, tak perlu tunggu air mendidih. Masa double boil, isi air suku sahaja, letakkan mangkuk di atas. Kemudian terus letakkan whipping cream dan butter. Bila butter dah larut sikit, terus masukkan coklat.

Ketika kita double boil tu, kita akan mula rasa haba bawah tu panas dan kena tangan kita. Bila jadi begini, terus tutup api dan sambung kacau perlahan-lahan sampai sebati.

3. Jika ganache berbuih, ia kerana kacau terlalu laju. Guna spatula atau sudu je untuk kacau, kacau perlahan-lahan.

Coklat juga kena letak pada suhu bilik untuk kualiti coklat yang elok dan hasil yang cantik. Letak dalam bilik yang tidak terkena cahaya matahari dan tidak berhaba.

4. Tuang ganache masa dia suam, bila dah suam ganache akan sedikit pekat. Jangan risau, kacau sahaja sehingga kedut hilang dan baru tuang atas lapisan kek.

5. Lepas tuang jangan terus masuk dalam peti ais, kebarangkalian ganache berpeluh dengan banyak tu tinggi.

Tunggu dulu lepas tuang dalam 15 minit baru masukkan balik dalam peti dan setkan semalaman agar semua bahan tadi bertindak balas untuk rasa kek yang lebih sedap.

6. Biasanya kalau sesiapa yang pakai buttercup buat kek batik, kalau kita set sekejap je dalam 2-3 jam, terus makan rasa kek tu masin kan. Tapi bila kita set semalaman iaitu 7-8 jam keatas rasa kek berlemak, dan sedikit masin berbanding mula2 tadi.

Sebab tu kita kata kena set semalaman untuk bahan dalam kek tu bertindak balasdan semalaman bermaksud malam, waktu kita semua tidur jadi posibility nk bukak tutup peti tu rendah, buatkan kek lebih set dengan elok pada suhu yang stabil tanpa buka tutup peti.

Kredit: Muhammad Ali

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago