Nak masak ikan keli tapi teringat kali pertama memasaknya, goreng saja pasti meletup. Sebenarnya, anda perlu tahu tips buang lendir ikan keli yang betul sebelum menggorengnya.
Ikan keli merupakan salah satu daripada ikan air tawar di Asia Tenggara yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan serta boleh dimasak secara goreng berlada, masak lemak cili padi, bakar, gulai dan sebagainya.
Secara umumnya, ikan keli juga dikenali sebagai catfish atau ‘ikan bermisai’ dengan tubuh badannnya yang licin, berlendir dan tidak bersisik.
Perkara yang membuatkan ikan keli lebih unik berbanding ikan lain adalah ia mempunyai fungsi sesungut sebagai deria yang membantunya semasa berenang dan sebagai sensor untuk mendapatkan makanan.
Ramai yang hadapi masalah goreng ikan keli yang sering meletup. Oleh itu, kami nak kongsikan tips buang lendir ikan keli yang menarik untuk anda cuba. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!
1. Mula-mula, siang ikan keli seperti biasa terlebih dahulu.
2. Selepas itu, masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai (boleh guna tupperware juga).
3. Kemudian, masukkan setengah cawan jus limau Thai (boleh beli di kedai runcit berdekatan, biasanya orang guna untuk masak tomyam).
4. Seterusnya, masukkan satu sudu garam halus dan gaulkannya sehingga jus dan garam nampak sebati dengan ikan keli tersebut.
5. Setelah itu, biarkan lebih kurang selama seminit hingga dua minit saja.
6. Akhir sekali, boleh cuci ikan keli dan toskan, kemudian kunyit dan garamkannya. Siap untuk digoreng!
Bukan saja anda dapat buang lendir ikan keli tersebut, malah bau hanyir yang ada padanya juga turut hilang dalam sekelip mata.
Sebenarnya banyak lagi petua lain untuk goreng ikan keli supaya tak meletup. Selain memerapnya dengan tepung, ia boleh juga dilumurkan dengan cuka dan air asam jawa.
Tak kisahlah guna apa-apa jenis petua sekalipun, paling penting anda dapat goreng ikan keli dengan aman dan tenteram di dapur selepas ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Aisha Shukor
Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…