Categories: Informasi

Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada tips beli telur dengan betul. Telur ayam adalah salah satu makanan yang wajib ada di setiap rumah. Walaupun selalu dimasak untuk lauk yang biasa, tetapi dengan adanya lauk telur ayam seperti telur goreng ianya cukup untuk melengkapkan makanan anda sekeluarga.

Tetapi ada dikalangan kita tidak tahu bahawa pemilihan telur ketika membeli juga harus dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan telur yang kita beli itu masih segar, bersih dan selamat untuk dimakan.

Jika kita membeli telur yang sudah tidak segar, ia berkemungkinan besar boleh memberikan kesan buruk kepada kita. Jadi kita wajib tahu cara pemilihan telur yang segar dan baik sebelum pembelian.

Di Twitter, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Putrajaya melalui KKM Nak Pesan ada berkongsi tips penting dan  pesanan tentang pemilihan telur di pasaran. Berdasarkan infografik yang bersumberkan BKKM Kelantan, ini adalah 6 tips memilih telur.

6 Tips Yang Wajib Anda Tahu Ketika Membeli Telur Ayam

  1. Baca label yang tertera di telur
  2. Lihat tarikh luput
  3. Pastikan telur tidak berbau
  4. Tiada najis pada telur
  5. Pastikan tiada retakan pada telur
  6. Tiada telur yang pecah

Selain itu, BKKM  juga ada menyatakan beberapa pesanan iaitu:

  • Beli ikut keperluan bagi menikmati kesegaran telur, elakkan simpan stok terlalu lama
  • Simpan di tempat yang sesuai (dingin/kering)
  • Basuh telur sebelum guna

Kesan Buruk Jika Makan Telur Busuk 

  • Keracunan makanan
  • Cirit birit
  • Muntah

Telur yang rosak juga akan mengeluarkan sejenis bakteria yang dipanggil pseudomonas, ia akan menyebabkan telur berbau busuk dan bertukar menjadi hijau kebiruan.

Jadi, pemilihan telur sebelum pembelian amatlah penting dan anda wajib untuk ikut tips diatas agar telur yang anda beli itu segar dan selemat untuk dimakan.

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

2 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

2 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

4 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

4 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

4 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

5 hours ago