Rupa-rupanya, ada tip tanam Kucai dari satu pokok hingga banyak pasu tanpa menggunakan lampu malam pun. Lihatlah hasil yang diperoleh daripada pokok kucai milik Rabihah Ahmad ini.
Walaupun bermula dari satu pasu sahaja, pertumbuhannya begitu banyak dan merimbun. Beliau juga berkongsi cara-cara menanam kucai dengan menggunakan pasu sebagai medium penanamannya.
Baca juga: Teknik Tanam Taugeh Dalam Balang, 3 Hari Dah Boleh Tuai!
Kucai merupakan salah satu tumbuhan yang mudah berkembang biak apabila penjagaannya dilakukan dengan betul.
1. Pemilihan tanah pastikan tanah yang peroi. Maksudnya tanah yang tidak simpan air dah mudah gembur. ( Atau boleh juga beli tanah nurseri 6+1 + 20% sabut kelapa + tinja ayam. Gaul sekata).
2. Masukkan tanah dalam polisterin dan tanam ubi kucai. Siram dengan air. Biarkan seminggu, kemudian boleh alih anak kucai ke pasu.
3. Baja pokok kucai sebulan 2 kali. Boleh guna baja organik, jika guna baja kimia tanah mengeras.Boleh juga guna baja tinja ayam. Ambil segenggam larutkan dalam air dan siram pada pokok kucai.
4. Bila kucai dah terlalu padat, kena rajin biakkan. Terlalu padat dalam pasu nanti kucai tak gemuk.
5. Letak pokok kucai pada pendedahan matahari dari pagi sampai petang. Jangan letak kucai di kawasan ada cahaya lampu malam untuk elak kucai berbunga, nanti daun kucai akan jadi kurus-kurus.
6. Siraman air memadai sekali sehari.
7. Tuai pokok kucai 2 minggu sekali. Jangka hayat kucai lebih dari 5 tahun.
Hanya menanam kucai di belakang rumah, dalam pasu, adalah keputusan yang amat bijak. Pokok paling berjasa, setia bersama Rabihah selama 20 tahun. Dari satu pasu, kini telah berkembang menjadi berpasu-pasu. Rabihah juga mengatakan bahawa Kucai ini tanam daripada ubi kucai, bukan dari biji benih.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rabihah Ahmad
Baca juga: Tip Tanam Serai Gemuk-Gemuk, Abang Ini Kongsi Caranya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…