udang

Bahan basah mentah seperti udang dan ikan contohnya mesti ada tips ataupun petua untuk menyimpannya supaya kekal segar walaupun disimpan dalam tempoh yang agak lama.

Beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam. Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.

Baca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul

Udang ini ada cara simpanannya yang tersendiri supaya ia boleh sentiasa segar walau berbulan-bulan lamanya. Macam mana caranya? Mari ikuti perkongsian Tieok Eng di Facebook.

BOLEH TAHAN SAMPAI 6 BULAN, INI TIPS SIMPAN UDANG ‘FRESH’ MACAM BARU NAIK DARI LAUT

Ini bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.

2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.

3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,

4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.

Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN