Bila tengok gambar, memang seronok tengok pokok banyak buah begini. Rupa-rupanya ada tip pokok berbuah lebat dan cepat menerusi rahsia dari petani-petani Thailand.
Seperti yang anda sedia maklum, kemajuan teknologi di negara jiran Thailand jauh lebih pesat berbanding dengan sektor pertanian di negara kita.
Baca juga: Tip Tanam Kucai Merimbun Dan Berpasu-pasu, Wanita Ini Kongsi Cara
Ini dapat dilihat dari penggunaan mesin-mesin pertanian di sana yang beberapa daripadanya belum lagi tiba di negara kita, namun sudah digunakan secara meluas di sana. Ada pihak yang mendakwa bahawa petani di Thailand kerap menggunakan baja dan racun kimia dalam pertanian mereka.
Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak petani di sana telah beralih ke penggunaan baja organik yang dihasilkan daripada bahan semula jadi? Hasilnya menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan penggunaan baja kimia.
Menurut perkongsian daripada laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan, petani Thailand ada rahsia untuk menghasilkan hormon air kelapa dengan menggunakan telur sebagai vitamin untuk menyuburkan pokok agar berbunga dan berbuah dengan subur.
Ikuti perkongsian resipi bancuhan baja organik di bawah.
TIP POKOK BERBUAH LEBAT DAN CEPAT
Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia.
Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.
Bahan-bahan:
- 2 kg kulit telur – dibasuh bersih dan dikeringkan
- 2 kg gula perang
- 1 biji ragi tapai
- 1 botol yakult
- 2 kotak susu segar
- 2 biji air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
6. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
7. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Menurut petani Thailand juga, vitamin ini berfungsi sebagai vitamin dan baja organik sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia dalam pertanian.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Pertanian Satu Perniagaan
Baca juga: Tip Tanam Serai Gemuk-Gemuk, Abang Ini Kongsi Caranya