Rupa-rupanya, ada tip nasi ayam lebih harum, gebu dan lembut berderai. Barulah ia sedap dimakan bersama ayam, sup dan sosnya. Biasanya, anak-anaklah antara peminat nasi ayam yang paling tegar. Kadang-kadang, mereka tidak perlu lagi hidangan lain, nasi itu sendiri sudah cukup enak.
Lebih-lebih lagi jika dimasak dengan betul, aroma yang harum saja sudah cukup mengundang selera dengan rempah yang digunakan. Bukan hanya kanak-kanak, ibu-ibu pun suka menikmatinya.
Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak
Jika ingin tahu rahsia nasi ayam yang lembut dan enak walau dimakan begitu saja, anda boleh mengikuti resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.
Jika anda ingin menikmati hidangan yang paling mudah dan ringkas, tentulah nasi ayam adalah pilihan yang tepat. Hanya nasi, ayam, sup, sos cili, dan sos kicap yang dimasak mengikut selera masing-masing.
Tetapi, rahsia kelazatan sebenarnya terletak pada nasinya. Bau harum yang semerbak, lembut, dan jika mungkin boleh dimakan begitu sahaja, inilah resipinya.
Bahan-bahan:
Bahan untuk menumis:
Cara-cara Penyediaan:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan untuk menumis, masak sehingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam dan biarkan sebati.
2. Kemudian, matikan api (jika menggunakan dapur gas), masukkan beras, air rebusan ayam, dan air biasa mengikut sukatan biasa untuk memasak nasi. Gaul rata dan masak sehingga nasi masak. Siap.
3. Jika menggunakan periuk nasi, langkah-langkahnya sama.
Tip Untuk Nasi Cantik: Selepas nasi masak, gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi kelihatan cantik berderai dan lembut.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Aisyah Humaira
Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…