Resepi samosa inti kentang ini sesuai dijadikan stok frozen untuk kudapan. Boleh digoreng pada bila-bila masa.
Lebih lagi bulan Ramadan bakal tiba, ibu-ibu kena sediakan stok makanan yang mudah untuk dimakan jika terlewat bangun sahur.
Selain itu, samosa ini juga boleh dijadikan makanan sampingan sewaktu berbuka puasa. Tak perlu pergi Bazar Ramadan dah!
Bahan-bahan yang digunakan juga tidak memakan banyak modal. Ikut cara membuatnya seperti yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Nor Mohd Yusof di bawah.
Bahan-bahan untuk inti:
Cara-cara buat inti:
1. Rebus seketika kentang dan lobak merah sehingga empuk. Kemudian toskan.
2. Tumis bawang besar yang sudah dipotong dadu sehingga ia layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama keseemua bahan-bahan lain, gaul rata dan perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa:
1. Mula-mula, sediakan ‘gam’ untuk lekatkan kulit popia. Campur 2 sudu besar tepung gandum dengan sedikit air, sebatikan. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
2. Ambil sedikit kulit popia, potong kepada dua bahagian. Pastikan sama besar.
3. Ambil kulit popia potong dua tadi, letak tepung di hujung untuk sambung supaya panjang.
4. Boleh mula melipat, lipat jadi segitiga seperti dalam gambar.
5. Kemudian, masukkan 1 sudu besar inti. Sambung lipat menjadi segi tiga seperti ini.
6. Letak sedikit garam pada bahagian hujung ini. Jika ada ruang yang masih kosong, letak gam dan lekatkan.
7. Ulang langkah 2 hingga 6 sehingga selesai. Boleh terus digoreng atau frozen. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Sabarian Nor Mohd Yusof
Baca juga: Tips Simpan Lauk Frozen Tahan Sepanjang Ramadan, Nak Sahur Tinggal Panaskan Saja
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…