Ada pelbagai cara kari dimasak, ini tip masak kari ikan merah lebih sedap yang anda boleh guna. Kari ikan merah lebih sedap apabila guna dua bahan ini, tak muak dan hanya menggunakan sedikit santan sahaja.
Antara resipi kari ikan lain yang popular ialah kari ikan kembung, kari ikan tenggiri, kari ikan bawal dan sebagainya. Kali ini kami akan berkongsi cara masak kari ikan merah yang tak muak dan hanya menggunakan sedikit santan sahaja.
Baca juga: Tip Tanam Pokok Kari Dekat Rumah, Ini 10 Cara Mudah Boleh Dicuba
Ikuti perkongsian tip penuh dari Zee Basir ini.
TIP MASAK KARI IKAN MERAH LEBIH SEDAP
Masa arwah bonda mertua hayatnya masih ada, boleh dikata kan setiap hari menu tengaharinya sampai bawa ke makan malam di sajikan dengan masakkan berasaskan rempah kari. Wajib ada di meja hidangannya setiap hari. Memang kegemaran suami saya juga.
Dalam satu minggu tak ada sajian gulai atau kari apa sekali pun, macam tak lengkap di meja hidangan kami. Kali terakhir masak kari daging pada hari raya bulan lepas. Dalam minggu ini dah ada dengar renggekan dari mulut suami.
“Lama dah ibunya tak masak gulai/kari,” pintanya.
Dah hidup bersamanya selama 31 tahun. Kari tetap kari walaupun dah masuk dalam keluarga.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan Merah dibersihkan & potong ikut suka
- 1 mangkuk Santan cair dari setengah biji buah kelapa
- 1 cawan pati santan pekat
- 1/2 cawan air asam jawa ( agak2 sesuai rasa masamnya)
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu teh ajinomoto
- 7 sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
- 3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
- 1 cawan air
- 2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
- 5 ulas bawang putih *
- 7 biji bawang merah kecil *
- 1 inci halia *
- Sayur bendi & tomato
- Garam secukup rasa
( semua bahan bertanda (* ) , tumbuk atau guna chopper saja)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan 1 senduk minyak. Kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dngn api kecil.
2. Masukkan bahan tumbuk tumis sampai naik bau.
3. Masukkan kedua-dua serbuk rempah kari tadi tumis dngan api paling kecil.
4. Agak-agak nampak berubah warnanya, masukkan 1 cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.
5. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa.
6. Seterusnya boleh lah masukkan santan cair tadi, air asam jawa, ajinomoto, gula dan garam sedikit dulu.
7. Besarkan api dapurnya bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya.
8. Masukkan ikan tadi disertai buah tomato. Masak seketika akhir sekali masukkan sayur bendi.
9. Rasa masin garamnya sesuai rasa tekak. Siap disajikan di meja hidangan.
Tip tambahan:
- Lain orang lain cara masaknya. Saya memang tak campur dengan air serbuk rempah kari itu, tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
- Kalau masak kari cara saya, memang saya suka gabungkan 2 jenis serbuk rempah Kari ikan dan daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang kepada masing-masing
- Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempahannya yang kuat…cari yang ada tambahan serbuk cili itu lagi padu.Tak payah tambah cili kisar lagi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zee Basir
Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan