Categories: Tips & Petua

Tip Masak Ekspres Tanpa STRESS, Wanita Ini Kongsi 5 Cara

Ada teknik dan tip masak ekspres tanpa stres rupanya. Memasak tanpa tekanan ialah matlamat yang sangat baik, dan terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda menikmati proses memasak dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan.

Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini

Berikut adalah beberapa petua dari perkongsian seroang wanita bernama @NorbayaDahalan yang anda boleh cuba. 


TIP MASAK EKSPRES TANPA STRES

Bagi anda yang baru mula belajar memasak atau sibuk, Saya kongsikan tip supaya anda dapat memasak dengan ekspres tanpa stres. Semoga bermanfaat!

1. Senaraikan menu untuk seminggu

Bila anda membuat senarai untuk seminggu, secara tak langsung memudahkan proses menyediakan barang dan tak perlu stres setiap hari fikir nak makan apa.

2. Cari resipi lengkap yang nak digunakan

Bila ada resipi yang lengkap, anda boleh prep bahan lebih awal. Jadi, tak ada isu barang memasak tidak cukup. Boleh buat carian di portal MyResipi ini. Tinggal tekan butang search sahaja.

3. Sediakan bumbu asas makanan

Bumbu asas seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan halia. Anda boleh buat sendiri dan simpan di dalam peti sejuk atau beli ready to use  di pasaraya. 

Kebiasaanya, penyediaan bumbu asas agak makan masa dan buat spoil mood untuk memasak. Jadi, baik luangkan masa satu hari untuk sediakan bumbu asas.

4. Asingkan lauk dan sayur mengikut portion

Mudah untuk anda nak nyahbekukan dan masak mengikut portion harian.

5. Sediakan pes segera di rumah

Mungkin ramai yang fikir benda ini remeh tetapi sebenarnya pes segera pun penting supaya dapat jimatkan masa untuk prep and cooking. Lagi-lagi jika waktu tiada bekalan air paip, memang berguna pes segera ini untuk lauk harian.


Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago