Renyah rasanya bila mengunyah daging tapi liat. Ini ada tip masak Daging Goreng Kunyit tak liat yang boleh anda cuba.
Hanya menggunakan 6 bahan memasak sahaja, anda dapat hasilkan lauk daging goreng kunyit yang paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Pasti ramai yang memilih untuk order resipi ini bila makan diluar kan?
Baca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini
Selain ayam goreng kunyit, masak daging goreg kunyit juga ramai penggemarnya. Boleh dimasak kering dan boleh juga dimasak basah.
Resipi daging goreng kunyit ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nana Ismail melalui laman Facebooknya. Ini adalah cara beliau memasak daging goreng kunyit. Yang mana beliau lebih suka dengan tekstur dagingnya yang lembut dan berjus berbanding kering.
TIP MASAK DAGING GORENG KUNYIT TAK LIAT
Bahan-bahan:
- Daging (dihiris nipis)
- Bawang besar 2 biji
- Cili padi (ikut kepedasan)
- Kacang buncis sedikit
- Serbuk kunyit
- Garam
Cara-cara memasak:
1. Ambil kuali dan masukkan hirisan daging tu. Tip bagi daging tak liat, goreng tanpa minyak biar sampai hilang air daging.
2. Gaul daging yang dah digoreng tanpa minyak tadi dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak dan goreng daging kira-kira 3-5 minit (pastikan daging potong nipis dan ikut lawan urat daging)
4. Dengan menggunakan minyak daging tadi, tumis bawang hingga garing dan masukkan cili.
5. Masukkan kacang buncis dan daging yang dah digoreng tadi.
6. Gaul sebati dan siap! Sedia untuk dihidang.
Nota tambahan:
- Untuk senang nampak urat daging itu, sebelum nak potong boleh balik-balikkan sekejap daging itu dalam kuali yang panas. Mudah untuk memotong nanti.
Selamat mencuba tip dan resipi Daging Goreng Kunyit ini.
Baca juga: Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat