tip masak bihun goreng

Rupa-rupanya, ada tip masak bihun goreng lebih sedap. Hanya masukkan satu bahan ini dalam masakan, memang menyerlahkan lagi aroma rasa dan baunya. Silap haribulan, memang ‘repeat’ masak hidangan ini tak kira pagi atau malam.

Lebih-lebih lagi bihun goreng koboi macam ni. Lagi simple lagi sedap! Dah nama koboi, memang campak apa yang ada je.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Biasa orang buat bihun goreng untuk makan pagi sahaja. Tapi kalau dekat rumah, dari pagi sampai ke malam makan bihun goreng pun tak mengapa. Sebab semua suka makan bihun goreng, siap makan bertambah!

Nak buat bihun koboi ni pun kena lah buat yang sedap supaya ada rasa dan menarik untuk dimakan. Tip dia adalah menggunakan ikan bilis sebagai bahan perasa utama. Memang ngam lah rasa dia.

bahan rahsia bihun goreng sedap

Perkongsian daripada Cik Puan Hana A Razak ini antara yang anda boleh cuba. Bukan sahaja mudah, tapi rasanya memang padu. Boleh simpan dulu kalau tak dapat buat sekarang.


TIP MASAK BIHUN GORENG SEDAP

tip masak bihun goreng

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Mula-mula sekali, basuh bersih ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.

2. Kemudian panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Kalau tak ada ikan bilis boleh gantikan dengan udang kering

3. Seterusnya, hiris nipis bawang merah dan bawang putih. Masukkan dalam kuali bila ikan bilis dah garing. Tumis sampai bawang layu.

4. Bila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Jika tak extra pedas, boleh lebihkan cili kering atau masukkan cili padi.

5. Sambal dah pecah minyak, renjiskan sedikit kicap. Pastikan bihun kita sedang direndam tau. Saya rendam dengan air biasa je, bukan air panas.

6. Lobak merah tu, basuh dan potong panjang seperti batang mancis. Lepas itu, masukkan dalam kuali dan biarkan lembut sedikit.

7. Kemudian, masukkan air. Air ni banyak sikit pun tak apa sebab nak lembutkan bihun sekali.

8. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Kacau telur sampai hancur.

9. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika ada.

10. Seterusnya, masukkan bihun. Kacau sampai bihun sekata dengan bahan tumis kita tadi.

11. Sentiasa kacau supaya bihun kita lembut sekata. Jika suka kering, boleh biarkan sedikit lama dalam kuali dengan api yang perlahan. Sesekali dua je kacau dalam kuali.

12. Siap dan sedia untuk dihidangkan!


Selamat mencuba tip membuat bihun goreng yang sedap ini.

Baca juga: Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN