Alamak! Termakan telur tembelang pula. Apa nak buat ini? Jom ambil tahu tip kenali telur masih elok atau tidak.
Mungkin ada yang tidak begitu kisah untuk makan telur walaupun telur yang dimasaknya itu sudah agak berbau dan berasa kurang enak. Tahukah anda, makan telur yang sudah tidak elok sebenarnya boleh memberikan mudarat kepada sistem pencernaan?
Ini kerana, telur yang sudah tidak elok mengandungi kandungan bakteria Salmonella yang banyak dan seterusnya boleh menyebabkan keracunan makanan.
Baca juga: Tip Rebus Nangka Cepat EMPUK Dalam Masa 7 Minit, Hanya Guna 2 Bahan Ini
Ia juga boleh menyebabkan beberapa gangguan pencernaan lain seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Ikuti perkongsian di bawah untuk kenali cara-cara telur masih elok atau tidak.
1. Semak Tarikh Pengeluaran pada Telur
Apabila anda membeli telur di kedai runcit atau pasar raya, telur biasanya akan mempunyai cetakan tarikh pengeluaran dan tarikh luput pada kulitnya. Jika tiada, ia mungkin dicetak pada kotak atau sarang telur tersebut.
Ia boleh menjadi panduan utama untuk anda mengetahui kesegaran dan tahap kualiti telur sebelum dibeli. Telur yang segar biasanya akan dijual dalam tempoh seminggu daripada tarikh pengeluaran.
Jika tidak pasti mengenai tarikh pengeluaran telur, bertanyalah kepada peniaga bilakah stok telur tersebut sampai di kedainya.
2. Kulit Telur Retak, Berkulat
Cara kedua untuk mengetahui ciri telur tembelang adalah dengan melihat keadaan kulitnya. Tidak kira sama ada telur ayam, itik mahupun telur burung puyuh, pastikan kulitnya tidak retak, berlendir atau berkulat.
Lendir atau retakan menandakan bahawa terdapat bakteria yang telah masuk ke dalam telur.
Jika terdapat habuk putih atau kulat pada kulit telur, ia menunjukkan kulat sedang membiak pada telur. Jika telur mempunyai ciri ini, batalkan hasrat anda untuk membelinya kerana berkemungkinan besar ia sudah rosak.
3. Telur Sudah Berbau (Telur Tembelang)
Ini juga merupakan antara cara untuk mengetahui keadaan telur yang masih segar dengan telur yang sudah mula rosak. Anda boleh cuba menghidu bau kulitnya.
Jika ia agak tengik atau busuk, berkemungkinan besar isi di dalamnya juga sudah hampir rosak. Cara ini juga lebih sesuai digunakan di rumah setelah anda membeli telur tersebut.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan hidu. Telur yang rosak akan mengeluarkan bau busuk seperti telur tembelang berbanding telur yang masih elok.
Jika ia berbau busuk, buang telur dan cuci mangkuk anda dengan menggunakan sabun. Ini untuk memastikan agar tiada sebarang bakteria daripada telur yang akan berpindah ke makanan bermasak nanti.
Baca juga: Cara Tanam Cendawan Kukur Sendiri Di Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai
4. Telur Tenggelam Dalam Air
Ini merupakan antara cara yang paling popular dan paling banyak dilakukan. Apabila anda membeli telur, anda boleh cuba memasukkannya ke dalam bekas berisi air untuk mengujinya.
Telur yang terapung menandakan banyaknya gas dalam telur dan ia sebenarnya sudah rosak. Telur yang masih segar akan tenggelam ke dasar bekas.
Jika telur berada di tengah-tengah bekas, ini bermakna telur tersebut mungkin masih boleh dimakan tetapi sudah tidak segar lagi dan akan mula rosak.
5. Telur Tembelang, Kuning Telurnya Cair, Berbau Telur Tembelang
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut. Telur yang masih segar akan mempunyai kuning telur yang bersaiz agak kecil dan berada di tengah-tengah putih telur.
Ia juga agak sukar dipecahkan jika disentuh dengan jari. Namun, jika kuning telur sudah agak pudar dan mudah pecah, ia tanda bahawa telur itu sudah tidak boleh dimakan lagi. Kuning telur yang cair dan mudah bercampur dengan putih telur juga merupakan antara ciri telur yang rosak.
Sekarang, anda telah tahu cara mengenali telur yang sudah busuk atau tidak elok. Boleh cuba amalkan sewaktu membeli telur di kedai atau ketika memeriksa bekalan telur dalam peti ais rumah anda.
Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella itu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Boleh kongsi info penting ini pada kawan-kawan dan ahli keluarga anda yang lain. Siapa tahu, tindakan kecil yang anda buat ini dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Food Hacks – Wonder How To
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Betul Simpan Tepung Supaya Tiada Ulat Dan Tahan Lama
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…