Pisau tumpul? Jangan risau, ada tip elak pisau tumpul dengan cepat selepas mengasahnya. Pisau adalah peralatan yang paling penting untuk memasak selain perkakas yang ada di dapur
Cuba anda bayangkan, kalau anda nak memasak pisau tak ada. Bagaimana hendak memotong ayam, daging, bawang atau sayur tanpa pisau?
Baca juga: Cara Cuci Kerak Kuali, Wanita Kongsi Guna SATU Bahan Ini Masa Sental
Tetapi bagaimana jika pisau itu tumpul? Proses memasak akan menjadi perlahan kerana kerja memotong akan mengambil masa yang lama dan mood nak memasak pun rosak.
Ikuti tip dari perkongsian menerusi laman Facebook Jenoba Outdoor ini. Walaupun mengasah pisau tidaklah sesukar mana, jika tersalah teknik mengasah pasti pisau tersebut tidak akan tajam.
Amaran: Step kelima itu penting. Jangan pernah skip step 5. Ini saya bagi tips sikit cara elak pisau korang cepat tumpul.
1. Pilih Besi Pisau
Ada banyak material yang digunakan untuk buat pisau. Ada stainless steel, ada carbon steel, ada ceramic. Adamantium (kuku Wolverine dalam X-Men) belum ada lagi setakat ini.
Setiap material ada ketahanan masing-masing. Secara umumnya, stainless steel lebih cepat tumpul berbanding carbon steel. Tapi carbon steel ni cepat karat.
Jadi, sebelum beli pisau tanya dulu dengan penjual jenis besi yang digunakan dan cara menjaga pisau tu.
2. Guna Jenis Pisau Yang Betul
Adalah satu kezaliman meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kebanyakan pisau ada fungsi-fungsi yang tertentu.
Ada pisau lapah daging, ada pisau potong sayur, ada pisau bushcraft. Pastikan pakai pisau dengan kegunaan yang betul. Kalau pisau lapah daging, jangan guna untuk tetak pokok. Memang cepatlah tumpulnya.
3. Sapu Minyak Selepas Guna Pisau
Tak perlu perasap atau mandi limau pada pisau. Cukup sapu sedikit minyak setiap kali selepas guna, terutama pada pisau carbon steel. Minyak ni boleh elakkan pisau dari berkarat.
Minyak masak pun boleh guna, minyak 2T pun boleh guna. Tapi kalau pisau tu guna untuk menyediakan makanan, janganlah letak minyak 2T. Keracunan makanan pulak nanti.
4. Asah Secara Berkala
Jangan tunggu pisau dah tumpul baru nak asah. Buat jadual asahan. Tak payah buat macam jadual sekolah tu. Cukup buat mental note. Sebulan sekali asah pisau. Atau selepas 5 kali guna, asah.
5. Jangan Bagi Kawan Pinjam
Ada sekali saya bagi pinjam pisau lapah daging pada kawan. Lepas itu, dia guna pisau untuk tetak tulang. Terus sumbing pisau tu.
Semenjak hari tu, saya akan bawa sekotak pisau lipat setiap kali pergi rewang. Kalau ada kawan nak pakai pisau, saya bagi pisau lipat saja. Nak patahkan pun tak apa.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Jenoba Outdoor
Baca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…