Categories: ResipiTips & Petua

Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat

Ini dia tip cucur udang tak serap banyak minyak yang boleh anda ikuti.  Biasanya nak buat cucur udang ni masalah besar dia cucur kita tu selalu serap minyak. 

Baca juga: Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!

Bila makan je, terasa berminyak pula mulut ini. Sesekali makan boleh lah. Bila makan banyak-banyak boleh jadi muak dan bahaya untuk kesihatan.

Bagi ibu-ibu yang selalu buat cucur udang untuk juadah petang mahupun sarapan, mesti runsing bila kena pakai minyak yang banyak untuk menggoreng. 

Ikuti tip dikongsikan oleh Cik Puan Tyra Manan ini, nampak mudah dan semua orang boleh buat. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya mudah kita nak dapat.


TIP CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 1/2kg
  • Tepung beras – 2 tbsp
  • Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
  • Telur – 2 biji
  • Taugeh – 1 cawan
  • Kucai
  • Udang kertas (kopek kulit)
  • Udang biasa (untuk hiasan atas)
  • Air – 3 Cawan
  • Garam – Secukup rasa

Cara penyediaan: 

1. Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.

*Ini la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau. 

Cara nak goreng:

1. Panaskan dua kuali. Satu untuk menggoreng manakal satu lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.

2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.

3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!

4. Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.

Bahan sos:

  • Cili masak
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Sos cili
  • Tepung jagung – bancuh dengan air

Cara buat sos: 

Rebus cili dan bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Akhir sekali baru masukkan air tepung jagung. 

Sedia untuk menikmati cucur udang yang rangup dan gebu!


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago