tip bila beli lauk mentah

Jika anda suka membeli barang-barang dapur, ini ada tip bila beli lauk mentah yang anda boleh anda gunakan. 

Membeli lauk mentah memberi anda lebih kawalan ke atas kualiti dan kebersihan bahan. Bukan itu saja, anda bebas untuk memilih produk segar dan berkualiti tinggi bagi memastikan makanan yang di masak memberikan nutrisi baik untuk keluarga. 

Baca juga: Bajet Makan Seminggu Untuk 2 Orang Hanya RM79, Wanita Kongsi Tip 

Dalam sesetengah kes, membeli bahan lauk mentah lebih menjimatkan daripada membeli produk yang diproses atau sedia untuk dimakan.

Anda mungkin boleh menjimatkan kos perbelanjaan dengan memasak sendiri dan bukannya membeli makanan yang telah dimasak.

Ikuti tips penuh dari perkongsian dari @snfkitchen_90 ini.


TIP BILA BELI LAUK MENTAH YANG BERGUNA UNTUK ANDA

1. Tip Beli Ayam

tip bila beli lauk mentah

Beli ayam saiz kecil berbanding besar. Saiz ayam yang besar memang nampak untung kerana dapat banyak isi tapi hakikatnya, anda akan dapat banyak lemak tepu yang akan dibuang nanti.

Jadi, sebenarnya anda hanya bayar lebih untuk lemak tepu ayam. Saiz kecil ayam lemak tepunya pun sedikit saja. Jadi tidak banyak membazir.

2. Tip Beli Telur

tip bila beli lauk mentah

Beli telur di pasaraya berbanding kedai runcit kerana di pasaraya, jangka hayat telur segar lebih lama berbanding di kedai runcit. Perbandingan ini hanya sah jika kedai runcit berdekatan anda tiada aircond.

Ini kerana, telur yang berada dalam suhu bilik sahaja membuatkan ia cepat rosak, merekah, busuk atau kuning telur cair bila dipecahkan.

Bukan itu sahaja, telur di pasaraya mempunyai banyak pilihan telur termasuklah telur hygiene. Telur hygiene boleh disimpan terus dalam peti sejuk.

Nak makan telur segar setiap hari, cuba tambah telur setiap minggu. Yang penting, simpan dalam peti sejuk untuk kekal segar.

3. Tip Beli Makanan Laut

Makanan laut di pasaraya lebih mahal untuk sekilo berbanding kedai runcit. Cuba bandingkan harga seafoods di tempat masing-masing. Jika di tempat saya, udang dan sotong berbeza harga dalam RM5 -RM8 juga. Nak lagi berbaloi, beli di pasar borong.

Jika membeli ikan siakap dan ikan talapia, boleh beli di pasaraya kerana lagi murah sebab dijual dengan harga tetap per ekor, bukan per kilo.


Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: @snfkitchen_90

Baca juga: 36 Barang Dapur ‘Wajib’ Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN