Rupanya ada teknik dan tip ayam goreng biasa untuk lebih rangup dan juicy di dalam. Nampak memang mudah bila sudah diperap bersama serbuk kunyit dan garam kemudian goreng seperti biasa.
Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, jika terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.
Baca juga: Chef Adu Amran Kongsi Tip Buat Sambal Nasi Lemak Sedap, Kena Buat INI Dulu
Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.
Berikut adalah petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk apabila dimakan menerusi perkongsian dari ahli group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
1. Pastikan potongan ayam tak terlalu besar
Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).
Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.
2. Mengelar atau merebusnya terlebih dahulu
Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.
Selain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.
3. ‘Defrost’ ayam beku terlebih dahulu
Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.
Maka, pastikan anda keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.
4. Harus guna minyak yang banyak
Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali. Ini dinamakan sebagai teknik ‘deep fry’.
Dengan cara ini, secara automatiknya, proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.
5. Guna api sederhana
Bagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.
Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.
6. Masukkan bahagian bertulang terlebih dahulu
Bahagian yang mempunyai ‘joints’ atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.
Hasil Gorengan Yang Lebih Sedap dan Menyelerakan!
Dengan mengamalkan petua goreng ayam yang tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadi lebih nikmat serta menyelerakan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buang Biji Cili Kering Dengan MUDAH, Tangan Pun Tak Berpijar
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…