macam orang dewasa

Ibu-ibu pasti risau bila anak-anak kurang selera makan. Apabila sudah kurang selera, mulalah satu fasa dimana mereka akan memilih makanan.

Yang dimahukan hanya makanan ringan dan apa-apa yang dirasakan sedap di tekaknya sahaja. Ada waktu, mereka sehingga tidak mahu makan kerana terlalu leka bermain.

Makan macam orang dewasa

Namun lain pula yang berlaku kepada anak seorang pengguna TikTok, nitaagustina71 ini apabila anaknya makan berselera serta cara makannya seperti orang dewasa.

Bukan itu saja, anaknya juga kelihatan tidak memilih makanan sama sekali malah makanan yang dijamahnya itu juga merupakan makanan yang jarang disukai oleh budak kecil.

Menerusi video tersebut, anak kecil tersebut dilihat sedang menjamah nasi bersama lauk telur dadar, labu siam rebus, tauhu goreng, petai, ikan masin dan sambal dengan penuh berselera.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat anak kecil itu menjamu selera.

Tak memilih

 

“Akak yang besar pun tak makan petai..”

Video penuh:

Sumber: TikTok nitaagustina71

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN