Selalunya orang masak nasi jenis kering tapi kali ini nasinya versi berkuah. Mansaf ini adalah antara menu yang wajib semasa sambutan Hari Raya di Jordan. Hampir semua warga Arab ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak mansaf. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MANSAF JORDAN

Selalunya orang masak nasi jenis kering tapi kali ini nasinya versi berkuah. Mansaf ini adalah antara menu yang wajib semasa sambutan Hari Raya di Jordan. Hampir semua warga Arab ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak mansaf. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 500 g daging kambing

  • ½ biji bawang Holland

  • 1 batang kayu manis

  • 5-6 biji buah pelaga

  • 500 g yogurt Greek

  • 4 sudu tepung jagung

  • 3 pot beras

  • 1 sudu besar serbuk kunyit

  • 100 g badam

  • 1 tangkai parsli

  • 1 roti tortilla

  • Garam secukupnya

Kredit: Kamarul Ariffin

CARA PENYEDIAAN
  • Pertama sekali, tumis bawang Holland dengan ghee. Kalau tak ada ghee boleh gunakan minyak sawit.

  • Tumiskan rempah sehingga naik bau wanginya.

  • Goreng sikit daging kambing, biar lemak dia cair.  Masukkan 1-1.5 liter air atau sekadar cukup untuk tenggelamkan daging. Masukkan garam rebus sampai empuk.

  • Gunakan periuk tekanan. Letak high pressure selama 30 minit. Jika guna periuk biasa, mungkin perlu 1-2 jam merebus untuk dapatkan daging yang empuk.

  • Sementara tunggu daging, gorengkan badam. Sesudah itu, basuh beras. Letakkan garam dan serbuk kunyit sedikit.

  • Bila daging dah empuk, ambil air rebusan secukupnya untuk dimasukkan di dalam nasi. Lazimnya 1 pot nasi = 1 ½ pot air.

  • Masukkan air rebusan daging dan yogurt ke dalam nasi.

  • Tambah sedikit air bancuhan tepung jagung supaya kuah likat. Letak sedikit sahaja serbuk kunyit.

  • Letakkan tortilla di atas pinggan, letak nasi di atas roti tortilla.

  • Letak daging kambing, kemudian tabur badam goreng dan daun parsli. Kuah dia kita letak dalam mangkuk.

  • Tuangkan kuah. Kuah dia ni memang menambah selera. Lemak, masam, dan masin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN