PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-16 05:11:35
Resepi puding ini tidaklah terlalu sukar malahan bahan yang diperlukan juga boleh di dapati di mana-mana kedai. Kebiasaanya puding dimakan begitu sahaja dan tidak terlalu manis. Tetapi resepi kali ini adalah kombinasi rasa manis berlemak kastard di sulami pula dengan rasa buah-buahan cocktail. Rasanya juga semakin sedap dengan kuahnya yang lebih berkrim. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di laman Facebooknya.
Bahan-bahan untuk kastard:
- 1 cawan tepung kastard
- 4 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan gula
Kredit: Asrinna Bakri
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
3. Angkat dan sejukkan hingga kerαs.
Kredit: Asrinna Bakri
Bahan-bahan untuk kuah:
- 1 tin susu cair
- 1 tin fruit cocktail (asingkan airnya)
- 2 cawan air (termasuk air fruit cocktail)
- 5 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar tepung kastard
- secubit garam
Kredit: Asrinna Bakri
Cara-cara:
1. Masak susu, air dan gulα dengan api perlahan sampai didih.
2. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam. Biarkan kuah mendidih.
3. Biarkan sejuk masukkan dalam peti ais supaya sedαp di makan sejuk.
4. Untuk menghidang, masukkan puding dalam mangkuk besar. Letakkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Siap untuk di hidangkan.
Senangkan? Bahan pun mudαh didapati.
Kredit: Asrinna Bakri
Kredit: Asrinna Bakri
Selamat Mencuba
Kredit: Asrinna Bakri