Categories: Informasi

Teringin Makan-Makan Di Muar, Wanita Ini Kongsi ‘Itenary’ Untuk 2 Hari 1 Malam

Siapa-siapa yang bercadang untuk makan-makan di Muar pada cuti Deepavali akan datang ini, anda boleh melihat itenary yang dikongsi oleh Azira Dianza ini.

Perjalanan yang dikongsi oleh Azira ini adalah untuk selama 2 hari 1 malam. Berdasarkan info yang dikongsi oleh Puan Azira ini, mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam selepas waktu bekerja. Mari kita lihat lokasi-lokasi makan yang boleh dicuba nanti.


Makan-makan di Muar yang pasti dalam mengenyangkan perut anda.

Selepas bertolak, mereka singgah ke satu restoran untuk makan malam.

Restoran Ikan Bakar Wak Jos

Untuk sarapan pagi pula, mereka singgah di R&H Cafe Satay Maharani .

Harga disini sangat berpatutan tapi kena sabar menunggu la ya. Staff semua ramah. Walaupun ramai pelanggan servis tetap laju. Menu wajib try disini adalah satay maharani, mee rebus dan roti titab telur goyang. Makanan yang lain pon sedap jugak jadi memang wajib singgah sini.

Selepas penat meronda ke kilang mak siti, boleh singgah restoran nasi herba ini.

Nasuha Restaurant Nasi Beriani Herba

Restoran ini mempunyai dekorasi yang sangat menarik dan tenang je. Kalau siapa-siapa nak beli herba atau air rebusan akar kayu boleh beli dekat sini jugak.

Kalau korang nak minum petang, boleh singgah di Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd – Kopi 434 Muar.

Kopi 434 ni wajib try tau tambah pulak dengan roti bakar wholemeal tu sedap betul. Lepas tu, kitaorang try roti kok cicah kopi. Dia punya rasa sama macam semekut lutut tu.

Untuk makan malam pulak Puan Azlina singgah di dua kedai makan iaitu D Tiram Terapung dan Muar Soup House.

Untuk kedai D Tiram Terapung tu korang pilih tempat makan atas air boleh layan view malam. Dekat sini ada banyak pilihan seafood.Walaupun harga dia agak mahal tapi rasa dia sangat berbaloi.

 

Pagi yang berikutnya, mereka sarapan di Dapur Pendekar Ole Ole Maharani.

Tempat makan yang terletak di tepi sungai dan angin yang sepoi-sepoi. Banyak pilihan sarapan yang penting sedap dan murah.

Kalau dah datang Muar tapi tak makan Mee Bandung rasa macam tak cukup kan? Jadi bolehlah makan di Mee Bandung Central.

Jadi itu sahaja perkongsian dari Puan Azlina. Manfaatkan cuti deepavali anda nanti. Jangan lupa singgah di restoran-restoran yang telah dicadangkan itu.

Baca juga:

Jual Sarapan RM1.00, Abang Motor Ini Raih Perhatian Netizen & Dapat Pujian Ramai

 

Fatin

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago