terhidu gas bocor

Pernahkah anda terhidu gas bocor semasa menggunakan dapur, lebih-lebih lagi selepas memasang kepala tong gas yang baru?

Mungkin ada yang tidak sedar, gas yang keluar daripada kepala tong gas itu boleh mendatangkan bahaya, hingga menyebabkan kemalangan jiwa akibat daripada kebakaran. 

Baca juga: Kenali 7 Jenis Pisau Dapur, Ini Panduan Dan Setiap Fungsinya

Tetapi jangan panik, ini sebenarnya yang anda perlu lakukan sekiranya terbau seperti gas selepas memasang kepala gas.

Memetik tip daripada Abu Gen seperti yang di laman Facebook, bau gas yang keluar selepas memasang kepala gas itu adalah datangnya daripada getah hitam yang sudah longgar.


LAKUKAN INI DAHULU JIKA TERHIDU BAU GAS BOCOR DI RUMAH

terhidu gas bocor

Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.

Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.

Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada bom.

Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:

  1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
  2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
  3. Jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik.
  4. Hanya perlu buka tingkap.

Langkah-langkah ini penting untuk keselamatan anda dan orang lain di sekitar anda. Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau tanda-tanda bahaya, segera panggil pasukan penyelamat (Bomba) dan ikuti arahan mereka.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Abu Gen

Baca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN