PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-21 05:00:59

Kadang-kadang tekak kita mesti rasa macam nak makan makanan pedas ala ala Thai kan? Haa tak perlu jauh-jauh pergi Thailand, cuba je resepi cara kak yati ni ye. Confirm puas hati punya!

Bahan-bahan:

  • Sotong segar
  • Cili api merah dan hijau (ikut kepedasan yang dimahukan)
  • 7 ulas bawang putih 
  • Sesudu sos tiram
  • 3 sudu gula
  • Gara gula secukup rasa
  • Sos ikan sebagai penambah rasa
  • Perahan limau nipis

Cara-Cara:

Penyediaan Sotong

1. Basuhkan sotong, kemudian kelar-kelarkan bahagian badannya. Tak perlu dipotong.

2. Masakkan sekejap sotong sampai sotong nampak warna. Guna sedikit air jee. Kemudian toskan sotong

 

Penyediaan Sos

1. Mula-mula, tumbuk cili api dan bawang putih.. Saya campur cili merah dan hijau untuk bagi warna dia nampak cantik. Tumbuk kasar je. Kemudian, masukkan bahan yang dah tumbuk ke dalam mangkuk

2. Letak sos tiram, sos ikan, dan garam gula yang dah disediakan tadi. Kemudian baru letakkan air perahan limau. Sebiji pun dah cukup

3. Kemudian, hiris daun ketumbar. Taburkan atas sos tadi. Sos ni ikut selera masing-masing nak adjust macam mana

4. Curahkan sos kat atas sotong tadi. Nak tuang semua boleh, nak buat colek pun boleh.

Siapp! Mudah kan? Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba :)

*Resipi dikongsikan oleh Norhayati Che Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN