Categories: Tips & Petua

9 Tempat Paling KOTOR Dekat Dapur, Ini Cara Bersih Dengan Betul

Rupa-rupanya, ini adalah beberapa tempat paling kotor di dapur, malah ada yang dari kita tak sedar pun kawasan-kawasan ini kotor walaupun nampak bersih.

Dapur sering dianggap sebagai “jantung” sebuah rumah, terutama bagi para ibu. Tetapi, dapur juga jadi tempat paling bersepah sebab selalu ada pinggan kotor, lantai yang kotor, dan dinding yang berminyak.

Baca juga: Tip Simpan Kentang TAHAN LAMA, Tak Bertunas Walaupun Dah 2 Bulan

Ada banyak tempat di dapur yang sangat kotor walaupun selalu dibersihkan. Disebabkan kita guna dapur setiap hari untuk masak, menyediakan makanan, dan basuh pinggan.

Untuk elakkan kumpulan bakteria dan pencemaran silang, ikuti cara-cara dibawah untuk bersihkan tempat-tempat ini dengan betul. 

9 TEMPAT PALING KOTOR DI DAPUR

1. Semua tombol, pemegang, dan panel sentuh

Setiap perkakas dapur ada jenis butang kawalan atau pegangan yang disentuh setiap kali guna. Penting untuk cuci semua tombol, butang tekan, atau panel sentuh setiap minggu sebab benda-benda ini selalu diabaikan masa cuci dapur secara menyeluruh.

Lagi-lagi kalau kita sentuh benda-benda ini semasa masak atau proses makanan mentah. Pastikan cuci penarik almari dapur, pegangan perkakas, dan panel kawalan guna lap disinfek atau pencuci disinfekan yang disemprot dan kain bersih atau tuala kertas.

2. Sinki

Walaupun banyak air yang lalu dalam sinki dapur, mungkin ada mikroorganisma yang sembunyi di permukaannya, terutama di celah-celah tempat sinki melekat dengan meja dan sekitar saluran pembuangan.

Sinki dapur perlu dicuci setiap habis masak, basuh pinggan, atau sekurang-kurangnya sekali sehari, dan jangan lupa di sekitar pili air serta kawasan meja berdekatan sinki.

Meja sinki dapur tangkap semua percikan masa kita bilas makanan yang tercemar. Guna pencuci sinki yang ada bahan anti-bakteria dan tuala bersih atau tisu anti-bakteria pakai buang.

3. Span basuh, berus, dan kain lap

Span basuh, berus, dan kain lap selalu ada di hampir setiap dapur rumah. Tapi sayangnya, spons dapur dan berus bersih ada banyak bakteria kalau tak cuci dan disinfect betul-betul.

Kalau kita guna benda-benda ini, kena cuci dengan air panas setiap habis masak dan basuh pinggan. Berus sinki boleh letak dalam mesin basuh pinggan untuk cuci menyeluruh lepas guna.

4. Peti sejuk

Peti sejuk memang selalunya menjadi tempat yang bakteria suka duduk. Sebabnya, banyak makanan, buah, dan sayur simpan dalam peti sejuk. Dalam kes ini, lebih baik simpan buah dan sayur tanpa cuci dulu untuk elak cepat reput.

Selain itu, penting untuk mencuci laci peti sejuk sekerap yang mungkin untuk elak pencemaran dari sisa makanan atau bakteria. Boleh cuci peti sejuk dengan sabun lembut dan air panas. Lepas itu keringkan dengan kain bersih atau tisu.

Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar

5. Papan pemotong

Papan pemotong terutama yang jenis kayu boleh simpan bakteria di sudut dan celah kecil walaupun dah guna sekali saja.

Penting ada sekurang-kurangnya dua papan pemotong, satu untuk buah dan sayur, satu lagi untuk daging. Ini akan kurangkan pencemaran semasa persediaan makanan.

Cuci papan guna air sabun panas dan bilas dengan air panas. Lepas tu keringkan sepenuhnya dengan kain lap bersih.

Jangan biarkan ia kering lama sebab bakteria suka tempat yang panas dan lembap. Boleh pilih papan pemotong yang boleh masuk mesin basuh pinggan untuk cuci dengan betul.

6. Blender, mesin pembuat kopi, dan perkakas kecil lain

Blender, mesin kopi, dan perkakas kecil lain jadi tempat paling kotor di dapur. Alat-alat ini boleh jadi tempat baik bagi bakteria dan kulat tumbuh.

Beberapa perkakas kecil kena cuci setiap habis guna. Sekurang-kurangnya seminggu sekali, buka dan cuci perkakas kecil betul-betul.

Beberapa bahagian boleh masuk mesin basuh pinggan, bahagian lain kena cuci dengan air sabun panas, lepas itu bilas dengan air panas dan keringkan sepenuhnya.

Rutin cuci yang sama kena buat pada perkakas macam pembuka tin, senduk takar, dan cawan.

7. Bekal makanan, botol minum, dan beg beli-belah

Tiga benda ini juga boleh jadi tempat bakteria. Jadi, cuci bekal makanan, botol minum, dan beg beli-belah sebaiknya dengan sabun dan air panas, lepas itu keringkan betul-betul.

Tips tambahan untuk beg beli-belah ialah pisahkan satu dengan yang lain mengikut kegunaan. Contohnya, pisahkan beg beli-belah untuk sayur dengan beg beli-belah untuk daging.

8. Meja makan

Selalu kita letak barang selain makanan di atas meja makan, macam dompet, beg beli-belah, atau barang lain.

Cuci meja dengan kain bersih dan semburan anti-bakteria, kemudian cuci sebelum sediakan makanan atau sekurang-kurangnya sekali sehari. Jangan guna span atau tuala lama sebab boleh jadi tempat baik bakteria dan kuman.

9. Tempat simpan rempah

Tempat kotor terakhir yang kena ambil tahu ialah tempat garam dan lada dapur. Tempat ini selalu guna dan selalu disentuh semasa sediakan makanan.

Cuci dengan hati-hati guna kain bersih selepas setiap persiapan makan dan cuci menyeluruh sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Semoga bermanfaat!

Sumber: CNN Indonesia

Baca juga: 7 Tip Menyimpan Brokoli Supaya Kekal Rangup Dan Hijau

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

9 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

14 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

16 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

16 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

16 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

16 hours ago