Categories: Infomasi

10 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya, Banyak ‘Hidden Gems’ Boleh Diteroka

Putrajaya, bandar kebanggaan rakyat Malaysia, tidak terkecuali dalam menyediakan pelbagai pilihan makanan yang lazat dari pelbagai negeri. Mari kita lihat beberapa tempat makan Putrajaya yang sangat popular dengan signature masakan masing-masing.

Baca juga: Port Makan Best Di Kuala Kangsar & Ipoh Dengan View Cantik, Wajib Singgah!

Berikut adalah senarai kedai-kedai makan yang menawarkan hidangan dari Asia Tengah, Barat, dan juga dari dalam Malaysia. Jom kita terjah!

10 TEMPAT MAKAN PUTRAJAYA YANG MENARIK UNTUK ANDA TEROKAI

1. Umai Cafe

Terletak bersebelahan Tasik Putrajaya, menyediakan pelbagai hidangan Malaysia seperti nasi lemak dan pulut kuning, serta hidangan Thai seperti paprik dan tomyam.

  • Alamat: Bangunan ANJUNG Alaf BARU, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00 pm
  • Google Rating: 4.1/5

2. Medina Thai Tom Yam

Menawarkan hidangan Thai serta pelbagai pilihan minuman yang menyegarkan. Mereka juga menyediakan juadah seperti ayam pusing Medina, satay ayam cheese,dan nasi goreng. Selain daripada makanan yang enak, terdapat juga pilihan minuman yang dapat menyegarkan tekak.

Restoran ini beroperasi bermula daripada pagi hingga ke lewat malam. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung di restoran ini, mereka boleh memilih untuk menempah menu di sini melalui perkhidmatan penghantaran seperti FoodPanda, Grab Food dan sebagainya.

  • Alamat: 27, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: Setiap Hari: 7.00 am – 2.00 am
  • Google Rating: 3.4/5

3. Mios Kitchen Presint 15

Menyajikan hidangan barat seperti spageti carbonara dan chicken chop. Selain daripada Presint 15, kedai ini juga beroperasi di beberapa tempat lain sekitar Selangor.

Beroperasi di 3 lagi lokasi cawangan di luar kawasan Putrajaya, pelanggan boleh juga berkunjung ke cawangan mereka di Bandar Kinrara, Wangsa Walk ataupun Shah Alam. Menu makanan barat yang tersedia di kedai makan ini adalah seperti spageti carbonara, chicken chop, lamb chop dan kentang goreng bersama sos istimewa.

  • Alamat: Unit No. 16 & 14, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: 12.00 pm – 8.00 pm
  • Google Rating: 3.7/5

4. Padi House

Menyediakan hidangan tempatan dan barat yang dimodenkan, seperti pistachio rasberry tart dan pelbagai hidangan spageti. Mereka mengenengahkan menu sajian simple, menyelerakan dan seimbang di dalam keselesaan dan stail.

Berasaskan kesegaran dan authentisiti, kedai makan Putrajaya ini menjadi tarikan bagi penggemar makanan tempatan dan barat yang dimodernkan dan disertai dengan tarikan dan hospitaliti budaya Malaysia. 

  • Alamat: Galeria PjH, Presint 4, 62100, Putrajaya
  • Waktu Operasi: 11.00 am – 10.30 pm
  • Google Rating: 4/5

5. Thai Tomyam Kung

Kedai makan ayer 8 yang terkenal dengan hidangan Tom Yam dan makanan goreng-goreng Thai lain. Selain Tom Yam, makanan goreng-goreng mereka yang lain seperti nasi goreng, mi goreng dan bihun goreng juga tak kurang hebatnya.

Di sini, selain menu ala carte, mereka juga menyediakan menu-menu set yang sesuai dimakan dari 4 ke 6 orang. Anda yang datang bersama keluarga tu boleh saja cuba set mereka ni. Antara yang terdapat dalam set mereka ialah ikan siakap atau kerapu, empat nasi putih dan satu jug air buah.

  • Alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: 8.00 am – 9.00 pm
  • Google Rating: 4/5

Baca juga: 5 Kedai Asam Pedas PALING SEDAP Di Melaka, Rugi Tak Singgah!

6. Restoran Mr.Kabab dan Biryani

Menyajikan hidangan Timur Tengah yang besar saiznya, termasuk nasi mandy, roti naan, dan kebab. Saiz hidangan memang besar dan sesuai untuk makan beramai-ramai di sini. Harganya juga berpatutan dengan juadah yang dihidangkan. Tempat mereka juga lawa dan bersih.

  • Alamat: 44, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm
  • Google Rating: 4.1/5

7. Restoran Mohd Chan

Menyediakan pelbagai hidangan Cina Muslim, termasuk masakan seperti masak teochew dan dim sum. Restoran ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka ni sudah ada beberapa di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Jadi, tak hairanlah di Putrajaya pun ada satu. Bagi yang tidak tahu, restoran ini menyediakan pelbagai masakan Cina yang halal. Kalau anda bosan makan makanan Melayu ataupun western, bolehlah datang ke sini untuk merasai makanan cina pula. 

  • Alamat: 58 & 60, Tingkat Bawah, Lot Komersil Nadi @ 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 60000 Putrajaya, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 101.00 am – 8.00 pm
  • Google Rating: 4.5/5

8. Nasi Lan Kedah Putrajaya

Tempat terbaik untuk menikmati nasi kandar Melayu dengan pelbagai pilihan lauk-pauk. Anda boleh memilih ayam berempah, daging serta sotong. Kalau nak senang anda pesan saja set,  ia didatangi dengan satu air.

Harganya juga tidak berapa mahal walaupun mereka ni menjual nasi kandar menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

  • Alamat: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.00 am – 8.00 pm
  • Google Rating: 4/5

9. Nasi Lemak Berlauk Persint 8

Kedai nasi lemak yang terkenal di Persint 8 dengan sambal yang lazat. Ingin sarapan pagi di Putrajaya ini tak susah kerana restoran ini dibuka setiap hari.

Di Persint 8 nasi lemak ini memang terkenal, jadi memang setiap pagi akan ramai orang datang singgah ke sini. Banyak lauk yang boleh menjadi seleksi pelengkap nasi lemak contohnya paru, sotong, ayam dan telur mata. Sambal nasi lemak mereka adalah antara yang terbaik.

  • Alamat: Presint 8, 62000 Putrajaya
  • Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 pm
  • Google Rating: 3.7/5

10. Putrajaya Seafood Restaurant

Menyajikan hidangan laut segar dengan konsep masakan Cina sambil menikmati pemandangan tasik Putrajaya. Tempat makan ini menghidangkan makanan laut yang segar. Makanan mereka berkonsepkan makanan cina. Jadi, dah tentulah anda akan jumpa masakan seperti masam manis, butter dan macam-macam lagi.

  • Alamat: Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya, Selangor
  • Waktu Operasi: 12.00 pm – 2.30 pm, 6.00 pm – 8.00 pm
  • Google Rating: 3.9/5

Diharapkan perkongsian tempat makan Putrajaya ini membantu anda mencari idea untuk menikmati makanan bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat mencuba dan jalan-jalan cari makan!

Baca juga: 6 Port Kedai Tomyam BEST Di Subang Jaya (2024)

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago