Kedudukan negeri Perlis sebenanrnya amatlah strategik kerana ia bersempadan dengan negara Thailand. Ini menjadikan makanan di Perlis mempunyai unsur-unsur Thai.
Bagi anda yang berada di Perlis atau ingin bercuti di sini dan anda ingin makan di kedai makan ala-ala kampung style, sebenarnya terdapat banyak tempat makan yang menarik yang anda wajib cuba tau! Daripada masakan Melayu hinggalah ke masakan Barat, senarai di dalam artikel ini pasti akan memuaskan hati anda kerana kedai di dalam senarai ini semuanya murah murah belaka tau. Tunggu apa lagi? Jom kita tengok senarai tempat makan best di Perlis ala-ala kampung style.
1. Warung Tepi Sawah
Kalau anda nak bersarapan pagi, anda wajib makan di Warung Tepi Sawah. Warung ini terletak betul-betul di tepi sawah yang nyaman dan menenangkan, kedai ini terletak di Kampung Bohor Janggus, Bintong. Makanan di sini adalah mengikut selera kampung seperti nasi lemak kukus ayam berempah, capati gulai ikan, bihun sup, pulut ikan kering, mee sup, laksa, roti arab, roti sarang burung dan bermacam lagi jenis sajian yang memuaskan hati anda.
Alamat: Warung Tepi Sawah 769, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Beroperasi: 7AM – 12 PM (Setiap Hari)
2. Nira Nipah Khipli
Di Ladang Nira Nipah Khipli ini terdapat sebuah gerai yang dibuka untuk pelanggan merasai keaslian air nira nipah yang segar. Harganya juga berpatutan iaitu satu jug nira nipah adalah RM8.00. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati menu lain seperti laksa, air batu campur (ABC), laicikang, dan bihun sup.
Alamat: Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis
Waktu Beroperasi: 1PM – 7.30 PM (Selasa-Ahad)
3. Api-Api Ikan Bakar
Restoran Api-Api Ikan Bakar. Yang bestnya di sini sambil anda membuat pesanan, anda boleh mengambil gambar dan mencuci mata melihat suasana perkampungan tepi sungai ini. Restoran Api-Api merupakan tempat makan di Perlis yang menyediakan makanan laut yang segar gaya utara.
Alamat: Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Beroperasi: 5PM – 10.30 PM (Rabu-Isnin)
4. Warung Bang Teh
Warung Bang Teh yang amat terkenal dengan aneka jenis makanan. Kedai ini sesuai untuk anda yang inginkan satu tempat makan tetapi ada pelbagai jenis makanan. Di sini juga disediakan makanan seperti pulut ayam yang merupakan menu popular di sini, nasi ayam, koteaw sup, bihu sup, laksa, cendol, rojak, makanan Thai seperti ‘somtam berapi’ dan juga pencucui mulut seperti ais kacang (ABC Gunung) dan laihikang.
Alamat: LOT 3569, Jalan Padang Nyu, Kampung Hutan Lembah, 02600 Arau, Perlis
Waktu Beroperasi: 10AM – 10PM (Sabtu-Rabu)
5. Bain at Ehem Ehem
Kedai makan ni sangat sesuai untuk anda yang mencari tempat lepak pada waktu malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Menu di sini mencampurkan makanan Barat dan tempatan. Nasi Daging Ehem Ehem, Kambing Golek dan Nasi Arab Ehem Ehem juga adalah menu popular di kedai ini. Oleh kerana nama menunya yang unik telah menarik ramai orang untuk mencuba menu ini dan menjadikannya popular dalam kalangan penduduk setempat.
Alamat: Nasi Daging Ehem Ehem, Tapak Pertubuhan Peladang, Taman Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Beroperasi: 6PM – 1AM (Selasa-Ahad)
Macam mana? menarik kan kedai makan di Perlis ni? Bukan je korang dapat menikmati permandangan kampung yang tenang dan segar, malah korang dapat makan makanan yang sedap dengan harga yang murah!
Sumber: Smartleisuretravel