telur puyuh masam manis

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam dan sedikit pedas. Ia sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas untuk makan tengah hari atau malam.

Meskipun lauk ini tidak disangkal sedapnya, tetapi awas kerana telur puyuh mempunyai kalori yang tinggi! Resipi ini juga sangat mudah dan cepat.

Tunggu apa lagi? Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Sambal Sotong Cumi Kering, Punyalah Sedap Sampai Adik Suruh ‘Repeat’ Lagi

RESIPI TELUR PUYUH MASAM MANIS

Bahan-Bahan:

  • Telur puyuh
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah*
  • ½ inci halia*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • ½ biji bawang besar (potong dadu)
  • Sayur campur (mixed vegetable)
  • Sedikit madu atau gula (untuk keseimbangan rasa)
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris untuk hiasan)

Cara-Cara:

1. Rebus telur puyuh sehingga masak, kemudian buang kulitnya. Ketepikan seketika.

2. Kisar halus bawang putih, bawang merah, dan halia. Pastikan bahan menjadi pes yang licin.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau harum dan menjadi garing.

4. Tambahkan cili kisar ke dalam kuali, diikuti dengan sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Kacau rata sehingga bahan sebati. Jika rasa terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

5. Masukkan madu atau gula dan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa. Biarkan kuah merenih seketika untuk mendapatkan rasa yang sempurna.

6. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu, tomato, dan sayur campur. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan telur puyuh rebus dan gaul perlahan supaya telur tidak pecah.

7. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Tutup api dan hidangkan segera bersama nasi putih panas.

Tips Tambahan:

  • Jika anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan cili kisar mengikut cita rasa.
  • Sayur campur boleh digantikan dengan capsicum, lobak merah atau kacang panjang untuk variasi tekstur dan warna.
  • Untuk rasa lebih pekat, gunakan sedikit air rebusan ayam sebagai tambahan dalam kuah.

Sumber: Nur Masri 

Baca lagi: Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard Pekat, Sedap Sampai Terbeliak Mata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN