telur kicap korean style

Kepada anda yang meminati masakan Korea, mari cuba resipi Telur Kicap Korean Style ini. Hidangan ini lebih dikenali sebagai Korean Marinated Eggs dan antara hidangan yang popular di sana. 

Korean Marinated Eggs, atau juga dikenali sebagai telur yang direndam dalam kicap, merupakan sejenis hidangan telur rebus yang dimasak dengan menggunakan campuran rempah dan kicap khas Korea.

Baca juga: Telur Gulung Korea (Korean Eggroll) Yang SIMPLE, Anak-Anak Mesti Suka!

Telur-telur ini direndam dalam campuran ini untuk memberikan rasa dan aroma yang kaya serta unik. Biasanya, campuran tersebut terdiri daripada kicap, gula, cuka, bawang putih, dan rempah-rempah seperti biji bijan atau serbuk lada hitam.

Proses merendam telur dalam campuran ini akan memberikan rasa yang menyeluruh pada telur dan membuatkan hidangan lebih lazat dan beraroma. Biasanya, ia disajikan sebagai hidangan sampingan atau sebagai hidangan penutup dalam makanan Korea.

Tapi, kalau nak dibuat sebagai hidangan utama pun tiada masalah. Memang sedap dimakan bersama nasi panas. Mari ikuti resipi dari perkongsian Ilyana Razali dari laman TikToknya. 

RESIPI TELUR KICAP KOREAN STYLE (KOREAN MARINATED EGGS)

Saya jumpa resepi ini dari Anju. Ini percubaan kedua, mesti masukkan telur ke dalam air mendidih baru set tempoh masa 5 minit. Selepas itu, masukkan ke dalam air berisi ais dengan tempoh masa 5minit. Mesti jadi. Ingat nak buat stok untuk berbuka. 

telur kicap korean style

Bahan-bahan utama:

Bahan-bahan perapan:

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan telur dan rebus selama 5 minit sahaja.

2. Setelah 5 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit. Tujuannya adalah untuk memberhentikan proses memasak dan memudahkan anda untuk mengupas telur

3. Sementara menunggu telur sejuk, campurkan ke semua bahan perapan di dalam satu mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.

4. Kupas telur secara berhati-hati. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

5. Setelah itu, tuangkan bahan perapan yang sudah dicampur ke dalam bekas yang berisi telur. Pastikan bahan perapan yang dituang itu melebihi telur.

6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam

7. Keluarkan dari peti sejuk dan telur kicap korean anda sedia untuk dihidang!

Sedap dimakan bersama nasi putih yang panas. Selamat mencuba!

Video penuh:

@ilyana.razali

saya jumpa resepi ni dari anju. ini percubaan kedua. mesti masukkan telur ke dalam air mendidih baru set tempoh masa 5minit. lepastu masukkan ke dalam air berisi ais dengan tempoh masa 5minit. mesti jadi. lazat sangat. ingat nak buat stok utk berbuka esok la. senang sangat ni. cuba ya! #telurkorea #telurramen #telur #koreanfoodie #InspirasiRamadan #BukaPuasa #telurkicapkorea #egg #soysauceegg #mayakeggs #mayakeggsrecipe #roomcircletwd #sayayana

♬ original sound – ilyana | diet sihat & tips – ilyana | eatwithyana

Sumber: TikTok @ilyana.razali

Baca juga: Bibim Guksu (Mee Campur Pedas Korea) Cara MUDAH, Guna Pasta Angle Hair Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN